Ultimate magazine theme for WordPress.

Huawei P50 & P50 Pro : Kini Rasmi Di China

Ditangguhkan pada April lepas, kini telah dilancarkan secara rasmi di China.

0

Hari ini secara rasmi Huawei P50 dan P50 Pro dilancarkan di China setelah pelancarannya ditangguhkan pada April lepas.

Huawei P50 memberikan kepada anda paparan skrin yang lebih kecil sedikit berbanding Huawei P50 Pro iaitu 6.5 inci AMOLED bersama resolusi QHD+ dan refresh rate 90Hz. Berbeza dengan Huawei P50 Pro, P50 ini dijanakuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 888 4G, memiliki 8GB RAM, storan maksimum sehingga 256GB serta bateri yang berkapasiti 4100mAh.

Dari segi kamera pula, kamera utama memberikan 50MP f/1.8, 12MP telefoto, 13MP ultra wide-angle dan kamera hadapan 13MP. Huawei P50 ini hanya dapat memberikan fungsi zum daripada 5X sehingga 50X sahaja.

Huawei P50 Pro ini pula hadir dengan paparan skrin 6.6 inci AMOLED bersama resolusi QHD+ dan memiliki refresh rate 120Hz. Peranti ini juga dijanakuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 888 atau Kirin 9000, dibina dengan memori 12GB RAM, 512GB storan dan bateri berkapasiti 4360mAh.

Kamera yang dibina menjadikan Huawei P50 Pro adalah peranti yang cukup menarik kerana kamera utama yang ditawarkan adalah 50MP f/1.8 OIS, 64MP telefoto f/3.5 OIS, 13MP untuk kamera ultra wide-angle dan 40MP sensor hitam putih. Tambahan pula, sistem zum yang dibawakan oleh Huawei ini bermula daripada 3.5X dan mampu untuk melakukan zum sehingga 100X!

Kedua-dua model yang dikeluarkan ini iaitu Huawei P50 dan P50 Pro ini tidak tersedia untuk menyokong rangkaian 5G.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.