Ultimate magazine theme for WordPress.

POCO X3 GT Rasmi, Bakal Tersedia di Lazada Malaysia Pada Harga Serendah RM1,199

0

Setelah pelancaran Poco F3 GT seminggu yang lalu, Xiaomi kini kembali dengan mengumumkan satu lagi model GT yang lain iaitu Poco X3 GT. Seperti yang kita tahu, Poco X3 GT telah dipasarkan di China terlebih dahulu dan ianya merupakan versi global kepada Redmi Note 10 Pro 5G. Sama seperti jenama Poco F3 GT sebelum ini. Poco X3 GT ini secara rasminya bakal memasuki pasaran Malaysia pada Ogos ini.


Poco X3 GT merupakan telefon poco pertama yang dilengkapi dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1100 6nm, dan dikuasakan oleh empat teras Arm Cortex-A78 berprestasi super yang dapat menyeimbangkan antara prestasi dan penggunaan tenaga dengan berkesan. Poco X3 GT juga turut menggunakan storan berasaskan UFS 3.1 di mana anda dapat menikmati masa pemuatan yang lebih pendek sama ada ketika bermain game atau mengambil gambar.

Poco X3 GT hadir dengan paparan skrin bersaiz 6.6 inci FULL HD+ IPS dengan kadar segar semula 120Hz. Poco X3 GT ini buat pertama kalinya dilengkapi dengan lapisan perlindungan skrin Corning Gorilla Glass Victus, dimana ia dapat meningkatkan kekerasan dan ketahanan skrin.

Dari segi fotografi pula, Poco X3 GT dilengkapi dengan 3 modul kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Peranti ini turut menempatkan kamera swafoto 16MP di bahagian atas skrin.

X3 GT ini turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari di bahagian sisi, sokongan audio Dolby Atmos, dan peranti ini turut didatangi dengan bateri berkapasiti tinggi 5000mAh yang menyokong Pengecasan Turbo 67W. Dan mereka turut mendakwa bahawa peranti ini boleh dicaj dari 0 ke 100% hanya dalam masa 42 minit. 


Poco X3 GT ini bakal ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Stargaze Black, Wave Blue dan Cloud White. Harga pasaran yang ditawarkan di Malaysia bagi 8GB RAM + 128GB storan  adalah RM 1,299 manakala RM1,599 bagi 8GB RAM + 256 GB storan. Namun, bagi harga pelancaran POCO X3 GT ini akan jauh lebih rendah iaitu RM1,199 dan RM 1,399 dengan membuat pembelian di POCO’s official store di LAZADA bermula 3 Ogos 2021 sehingga 4 Ogos 2021.

Anda juga boleh ke laman rasmi POCO untuk mengetahui spesifikasi penuh Poco X3 GT ini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.