Ultimate magazine theme for WordPress.

IFA 2023 Berlin – Honor Memperkenalkan Peranti Pintar Dari Masa Hadapan! – Honor Magic V2 & Honor V Purse

0

Siaran langsung dari kami di bumi Berlin di Internationale Funkausstellung atau IFA 2023 di mana jenama yang sudah tidak lagi asing namanya di persada dunia iaitu HONOR yang mana dengan strategiknya melancarkan telefon pintar masa depan mereka di sini. Ketika sesi yang bertajuk “Unfold Tomorrow”, CEO HONOR George Zhao menekankan komitmen jenama itu untuk menjadikan telefon pintar lipat satu kebiasaan ramai, dengan inovasi berpaksikan manusia termasuk mencipta yang paling ringan dan paling nipis pada telefon pintar lipat HONOR, iaitu Magic V2.

Semasa IFA 2023, HONOR turut mempamerkan telefon pintar lipat flagship baharu, HONOR Magic V2 buat pertama kali di acara global, selaras dengan matlamat HONOR untuk telefonpintar lipat iaitu memberi nafas baru dalam industri dengan pembaharuan yang memberangsangkan daripada pelbagai aspek termasuk ciri-ciri, bateri, paparan dan pengalaman pengguna.

HONOR Magic V2 merupakan telefon pintar lipat yang paling ringan dan paling nipis pernah dikeluarkan HONOR sehingga hari ini, dengan hanya seberat 231g dan setebal 9.9mm apabila dilipat. Ia menampilkan generasi baharu Dua Bateri Silikon-Karbon dengan kadar ketebalan 2.72mm, dan kapasiti sehingga 5,000mAh.

HONOR Magic V2 turut dilengkapi dengan Engsel Titanium Super Ringan dan besi baharu khas HONOR, menambahkan lagi keteguhan dan kestabilan mekanisme engsel. HONOR Magic V2 juga memperoleh sijil pengiktirafan ketahanan daripada SGS apabila mampu menahan lebih 400,000 kali lipatan, bersamaan jangka hayat sehingga 10 tahun dengan purata 100 kali lipatan sehari.

HONOR Magic V2 memiliki tiga kamera belakang termasuk Kamera Utama 50MP (f/1.9), Kamera Ultra Lebar 50MP (f/2.0), dan Kamera Telefoto 20MP (f/2.4). Bahagian depan pula mempunyai dua Kamera 16MP (f/2.2).

HONOR Magic V2 turut menyokong teknologi Pemalapan PWM 3840Hz pertama dalam industri yang mampu mengurangkan keletihan mata, memastikan pemandangan yang selesa walau digunakan dalam jangka masa lama.

Tidak hanya mementingkan fotografi, HONOR Magic V2 juga mengutamakan pengalaman interaktif seperti mesyuaratdan hiburan. Buat pertama kali, HONOR Magic V2 menyokong Parallel Space yang bukan sahaja membolehkan  tugas-tugas kerja dan kehidupan disimpan secara berasingan, malah boleh bebas beroperasi dengan serentak, seperti memakai dua telefon pintar dalam satu masa.

Honor juga memperkenalkan HONOR V Purse, satu konsep yang memberi nafas baharu kepada telefon pintar lipat sebagai sesuatu yang boleh dipakai, beg tangan gaya moden, menawarkan kebebasan gaya dan ekspresi diri tanpa batas.

HONOR V Purse sama sekali mengubah telefon pintar bolehlipat kepada gaya fesyen digital, terima kasih kepada ciri-ciri Always-On-Display (AOD) yang boleh diubah suai seakan rekaan beg tangan, termasuk gaya rantai, alunan bulu dan rambu yang bergerak sama setiap kali telefon pintar diangkat. Konsep ini juga dipadankan dengan pilihan tali pengikat dan rantai yang dipasang pada engsel telefon pintar untukdisandang pada bahu, menjadikannya kelihatan seperti menggayakan beng tangan gaya moden.

Direka dengan mampan, HONOR V Purse melambangkan komitmen HONOR terhadap alam sekitar. Dengan menampilkan bahan berasaskan alam sekitar seperti kulit vegan pada tali pengikat, konsep AOD yang diubah suai tanpabatas boleh disesuaikan dengan apa jua busana. Memandangkan industri fesyen kini semakin terarah kepada dunia digital, teknologi membolehkan kebebasan gaya dan ekspresi diri ditonjolkan tanpa sempadan. Secara tidak langsung, teknologi baharu HONOR V Purse dapat membantu menggalakkan pengguna melestarikan alam sekitar dengan mengelakkan pembaziran ketika mengejar arus fesyen modendan menggunakannya untuk jangka masa lama.

Seiring dengan kesungguhan jenama ini, ketika Keynote di IFA 2023 ini juga, HONOR memperkenalkan kerjasama mereka dengan beberapa nama besar dalam industrifesyen yang terlibat dalam pentas HONOR Talents Global Design Award, termasuklah pengarah kreatif pakaian lelaki BURBERRY Bram Van Diepen, artis kontemporari Yunuene Esparza, profesor di Akademi Seni China Yuan Youmin dan peragawan Xiao Hui Wang, yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan AOD pada peranti.

Pada fasa program selanjutnya, dengan membuka permukaan API yang membolehkan pencipta mereka bentuk pengesan seperti giroskop, sentuhan atau pengesan cahaya keliling, HONOR akan menjemput bakat baru dari seluruh dunia untuk mengetengahkan ilham masing-masing, sekaligus menunjukkan trend rekaan terkini yang penuh dengan inspirasi, untuk mengubah gaya hidup.

Kalau korang nak layan event IFA Berlin 2023 yang kitorang pergi ni jom tengok sini!


- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.