Ultimate magazine theme for WordPress.

iPhone 13 Mungkin Menyokong Pengecasan Berwayar 25W.

0

Seperti yang kita tahu, barisan Apple iphone 12 menyokong pengecasan maksimum sehingga 20W dan kini  khabar angin mengatakan bahawa Apple telah memutuskan untuk meningkatkan teknologi dalam pengecasan pantas pada siri iPhone 13 yang akan datang. Walaupun  Apple menawarkan pengecasan yang sedikit perlahan berbanding pengeluar Android yang lain, hal ini mungkin suatu berita baik buat pengguna Apple kerana sokongan untuk kelajuan pengecasan yang lebih cepat akan disertakan dengan peningkatan kapasiti bateri untuk setiap model iPhone 13.

Menurut laporan MyDrivers (melalui MacRumors), Apple mungkin akan menyediakan sokongan untuk teknologi pengecasan pantas 25W pada siri iPhone 13 yang akan datang. Langkah itu akan ditambah dengan memperkenalkan penyesuai kuasa 25W baru dari jenama berkenaan.

Laporan dari MyDrivers juga turut menyatakan bahawa Apple tidak lagi menjual pengecas 18W secara atas talian dan pengecas 25W berharga lebih tinggi berbanding pengecas 20W Apple, yang pada masa ini dijual di AS dengan harga $ 19.99.

Jadi ini bermakna, pengguna iPhone generasi berikutnya yang ingin memanfaatkan kelajuan pengecasan yang lebih tinggi perlu membeli pengecas baru kerana Apple tidak lagi menyertakan penyesuai pengecasan di dalam kotak.

Peranti terbaru dari Apple dijangka bakal diumumkan sekitar bulan September ini. Dan ia mungkin menawarkan ciri paparan yang selalu aktif (always -on display features), pilihan penyimpanan sehingga 1 TB dan kotak kamera yang lebih besar dibelakangnya. Selain itu, laporan ada menyatakan bahawa iPhone 13 mungkin mempunyai pengecasan tanpa wayar yang lebih pantas, yang mana pengecasan menggunakan MagSafe buat masa ini hanya menyokong pengecasan maksimum sehingga 15W.

Jadi sama-sama kita nantikan kemunculan iPhone 13 nanti.

Sumber: Macrumors ,GSMArena

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.