Ultimate magazine theme for WordPress.

OnePlus Buds Pro Turut Rasmi: Ketahanan Bateri Sehingga 38 Jam

0

Selain pelancaran OnePlus Nord 2 5G, One Plus juga turut melancarkan earbud Pro-tier pertama iaitu OnePlus Buds Pro dan ia dijangka memasuki pasaran Eropah bermula 25 Ogos 2021  dengan tanda harga €150 (~RM741). Manakala bagi pasaran US dan Kanada adalah mulai 1 September dengan tanda harga $150.

Buds Pro menampilkan reka bentuk dua nada (two-tone) iaitu padanan kemasan berkilat pada bahagian tangkai dan kemasan matte pada bahagian telinga. Buds Pro ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Peranti ini turut dilengkapi dengan pem acu audio bersaiz 11mm dan ia menampilkan apa yang digambarkan oleh syarikat sebagai pembatalan kebisingan adaptif pintar (SMART ANC), yang bermaksud mereka akan secara automatik menyesuaikan berapa banyak NC yang diterapkan berdasarkan persekitaran anda. Setiap earbud mempunyai penyediaan tiga mikrofon yang secara aktif menyaring tahap kebisingan hingga 40dB dan latensi sehingga 94ms  yang diperlukan untuk memberikan pengalaman mendengar yang jauh lebih selesa dan disesuaikan, berbanding sistem ANC konvensional dengan tahap pembatalan kebisingan yang tetap. Earbud ini juga turut menyokong audio Dolby Atmos, mempunyai penarafan rintangan air IP55 dan mempunyai sokongan Bluetooth 5.2.

Buds Pro dikatakan mempunyai daya tahan pada tahap yang berbeza, di mana ia mampu bertahan sehingga 38 jam masa mendengar jika pembatalan kebisingan (noise cancellation) dimatikan. Dengan sekali caj, anda akan mendapat lima jam dengan ANC diaktifkan dan tujuh jam jika ANC tidak aktif.

OnePlus Buds Pro turut menyokong pengecasan berwayar Warp Charge. Dimana pengisian semula selama 10 minit bagi penggunaan semula sehingga 10 jam. Selain itu Buds Pro turut menyokong pengecasan berwayar USB-C dan juga pengecasan nirwayar berformat Qi.

Sumber: TheVerge

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.