Ultimate magazine theme for WordPress.

iPhone 14 & iPhone 14 Plus Rasmi Dengan Cip A15 Bionic

0

Rasmi acara Apple Far Out pagi ini dimana Apple telah melancarkan empat model iPhone yang baharu iaitu iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Kesemua model ini nampak serupa tetapi apa kelainan yang Apple bawakan untuk siri iPhone 14 ini.

Permulaan mari min  kongsikan mengenai skrin peranti. iPhone 14 rasmi dengan skrin bersaiz 6.1″ OLED dan iPhone 14 Plus pula hadir dengan saiz skrin 6.7 dan menyokong jenis Super Retina XDR. Rekaannya masih sama daripada yang sebelumnya dimana ia berbentuk segi empat dengan permukaan yang rata pada bahagian depan belakang dan sisi.

Peranti ini hadir dengan sistem dwi-kamera dan keduanya hadir dengan 12MP. Malah, untuk mendapatkan gambar pada waktu malam yang lebih cantik, sokongan Sensor-Shift turut disertakan bersama ciri Photonic Engine. Untuk kamera swafoto, peranti ini hadir dengan 12MP. Untuk Penstabilan pada rakaman video menggunakan iPhone 14 ini sangat menakjubkan.

iPhone 14 dan iPhone 14 Plus turut menyokong ciri panggilan kecemasan yang terus melalui satelit. Untuk sokongan eSIM, di Amerika Syarikat peranti ini sepenuhnya hadir dengan kebergantungan eSIM sepenuhnya. Untuk keselamatan, selepas Apple Watch Series 8 dan Apple Watch Ultra, iPhone 14 juga hadir dengan ciri terus menghubungi pihak kecemasan jika ada kemalangan kenderaan yang berlaku.

Skrin hadapan masih hadir dengan rekaan notch dan sistem Face ID masih diperlukan  untuk menyahkunci peranti. Akan tetapi kurang peranti iPhone 14 dan iPhone 14 Plus ini masih menggunakan cip pemprosesan yang ada pada iPhone 13 iaitu Cip A15 Bionic. Akan tetapi, GPU kali ini disertakan dengan kepantasan 5 kali ganda berbanding model sebelumnya.

Di Amerika Syarikat, iPhone 14 akan dijual pada 16 September dan iPhone 14 Plus pula pada 7 Oktober dengan harga bermula $799 (RM3,597) dan $899 (RM4,047).

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.