Ultimate magazine theme for WordPress.

iPhone 15 Bakal Hadir dengan Ciri ‘Dynamic Island’

0

Kepada yang sedia maklum, iPhone 14 Pro dan iPhone Pro Max telah perkenalkan ciri baru pada peranti mereka iaitu skrin dengan rekaan baharu yang mana mereka telah menghadirkan lubang “pil” dan ia dinamakan Dynamic Island. Ia berfungsi dalam memberi perisian yang menjadikan bahagian berkenaan interaktif kepada aplikasi dan notifikasi.

Ciri ini menarik perhatian peminat Apple itu sendiri, ini kerana ia adalah yang pertama dalam model iPhone itu sendiri yang perkenalkan ciri Dynamic Island. Secara langsung ini menunjukkan bahawa pembeli akan lebih tertarik untuk mendapatkan versi Pro yang mahal berbanding iPhone 14 biasa.

Tetapi ada penganalisis Ross Young yang menjangkakan ciri Dynamic Island ini akan diperkenalkan pada semua model iPhone 15 yang akan diperkenalkan pada tahun 2023 kelak. Jadi, tepuk dada tanya selera. Sanggup ke korang tunggu lagi setahun untuk memiliki ciri Dynamic Island pada versi iPhone 15 biasa dengan harga yang lebih murah?

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.