Ultimate magazine theme for WordPress.

Kamera Smartphone Terbaik Abad Ini – Huawei P60 Pro

0

Ramai yang mempunyai fikiran bahawa tidak ada GMS (Google Mobile Service) sesebuah peranti itu tidak bagus atau tidak lengkap kerana ia sudah dianggap essential dalam dunia smartphone. Tetapi adakah ia bermakna peranti tersebut langsung tidak bagus? Langsung tidak boleh digunakan?

Mungkin persepsi itu masih banyak di kebanyakan kalangan pengguna smartphone. Tetapi Huawei yang dulu bukan lagi yang sekarang. Dengan kehadiran Apps Lighthouse telah banyak improve penggunaan Google Apps pada peranti Huawei.

Tapi kita bukan nak bersembang tentang perkara ini, fokus kita adalah pada peranti Huawei yang baharu saja dilancarkan minggu lalu iaitu, Huawei P60 Pro.

Peranti bersiri ‘P’ ini yang tidak asing lagi dengan fokus Photography atau kamera mereka kali ini hadir dengan spesifikasi seperti berikut:-

 

  • Skrin OLED LTPO jenis melengkung bersaiz 6.67-inci FHD+
  • Paparan 120Hz
  • Kaca Kunlun
  • Cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G
  • 12GB RAM
  • Storan dalaman sehingga 1TB
  • Bateri 4815mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 88W dan 50W pengecasan tanpa wayar. (0 – 50% dalam masa 10 Minit sahaja gaisss!!

 

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan sistem tiga kamera dengan sensor utama 48MP OIS + 48MP telefoto OIS + 13MP ultrawide. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 13MP.

Huawei juga memutkan kamera mereka dengan sistem XMAGE yang mana proccesing AI mereka mantap coq! Huawei P60 Pro Menyokong zum optikal sehingga 5X dan zum digital sehingga 100X.

Jadi adakah kamera Huawei P60 Pro ini terpaling mantap? ini sampelnya gais:-

tengok nightshot yang dihasilkan memang sangat crispy dan tiada noise

 

 

 

kamera makro yang sangat awesome, seolah olah diambil dari internet sebagai wallpaper

bintang-bintang yang boleh dilihat jelas walaupun tersangat gelap

gambar siang, tidak dinafikan lah, memang padu teruk!

 

 

Gambar bulan pun ada geng (ehem)

 

No wonderlah dikategorikan Nombor 1 di Dxomark dengan skor 156 pada ranking global. Memang camera mereka tersangat power digandingkan pula dengan teknologi XMAGE, memang terrbaikk!

 

So geng macam mana, berbaloi atau tidak untuk membeli peranti Flagship Photography P Series Dxomark Certified No 1 ini? atau anda masih labelkan ia adalah sebuah phone yang tiada fungsi google so tidak memberasangkan?

 

Itsokay, Itsalright, min tak marah, tapi before that tengok dulu review channel Izami Gadget tentang Huawei P60 Pro kat sini dulu sebelum fikiran anda melayang memikirkan mana satu peranti nak beli.

 

Kalau yang dah bulat hati untuk membeli, haaa meh sini terus tekan add to cart buy now lets go!

 

 

 

 

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.