Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR melancarkan tiga peranti senaman/kesihatan pintar generasi baharu HONOR Band 7, Earbuds X5 dan Scale 3

0

 KUALA LUMPUR, 8 Mei 2023 – HONOR Malaysia memperkenalkan tiga peranti kecergasan pintar terbaharu iaitu HONOR Band 7, HONOR Earbuds X5, dan HONOR Scale 3. Tiga peranti ini mempunyai ciri-ciri canggih yang pasti menarik perhatian fitness buff dan teknologi, dijangka akan berada di pasaran dalam masa terdekat. Peranti berkenaan akan meningkatkan tahap kecergasan anda dengan ciri pintar yang berfungsi seperti berada di trek sebenar.

HONOR Band 7: Peneman Setia Kecergasan Anda

Menampilkan paparan AMOLED 1.47 inci dengan gelas lengkung 2.5D, HONOR Band 7 hadir dalam tiga pilihan warna anggun iaitu Meteorite Black, Coral Pink, dan Emerald Green. HONOR Band 7 menonjol kerana mampu mengukur dan merakam dengan tepat degupan jantung, tidur, tekanan dan tahap oksigen dalam darah. Semua ini boleh dipantau setiap masa dalam satu paparan. HONOR Band 7 sesuai bagi semua peringkat umur kerana mampu membantu memperbaiki tahap kualiti tidur.

Dengan cipset yang dikuasakan AI dan komponen optikal profesional, HONOR Band 7 mampu memantau kadar degupan jantung dengan tepat, sekaligus membantu pengguna memahami keadaan fizikal dengan lebih baik ketika sedang bersenam.

HONOR Band 7 memiliki 96 fungsi mod senaman berbeza termasuk berlari, berjalan, berbasikal, berenang, elitipkal, mendayung, senaman bebas, dan lompat tali. Gelang tangan pintar ini merekod data senaman anda mengikut waktu sebenar bagi membolehkan pengguna memantau perkembangan dan pencapaian dengan mudah. HONOR Band 7 baharu ini ditawarkan pada harga RM 199. Peranti ini harus dimiliki peminat kecergasan yang mahukan teknologi dan prestasi terbaik.

HONOR Earbuds X5 – Senaman Diiringi Muzik

Bagi mereka yang mencari keseronokan ketika bersenam, HONOR Earbuds X5 adalah pilihan yang tepat. Pemacu gegelung dinamik Ø13.4mm dan gegendang komposit polimer sensitif menghasilkan bunyi bass lebih tinggi dengan treble yang jelas bagi memberikan pengguna bunyi latar lebih bertenaga ketika sedang bersenam.

Dari segi hayat bateri, HONOR Earbuds X5 dimuatkan bateri besar berketumpatan tinggi agar mampu bertahan sehingga 27 jam dengan casing pengecas, sesuai bagi mereka yang mahu bersenam tanpa gangguan. Pengguna boleh menikmati muzik 3 jam tanpa henti dengan hanya 10 minit pengecasan. HONOR Earbuds X5 dijual pada harga RM279 dan sesuai bagi golongan yang gemar melayan lagu sambil bersenaman.

HONOR Scale 3 – Sebanyak 18 penanda kesihatan untuk miliki badan idaman

HONOR Scale 3 berfungsi sebagai alat rangkaian penunjuk kesihatan badan secara lengkap yang membolehkan pengguna menyasarkan bentuk badan ideal dengan mudah. Penimbang digital ini dijual pada harga RM129 dan menawarkan sebanyak 18 ukuran tepat merangkumi berat badan, lemak badan, BMI, jisim tulang, metabolisme badan, jisim otot, dan banyak lagi.

Lebih menarik, HONOR Scale 3 dilengkapi ciri sambungan Wi-Fi bagi mengukur berat badan tanpa perlu masuk ke aplikasi HONOR Health. Ciri ini membolehkan anda memantau kesihatan dan kecergasan dengan lebih pantas dan mudah. Bukan itu sahaja, HONOR Scale 3 juga menawarkan pilihan kepada pengguna untuk menyelaras data ke dalam Cloud , jadi pengguna boleh merujuk perkembangan kesihatan dari semasa ke semasa untuk mencapai matlamat kecergasan mereka.

 

HONOR Pad X8 – Kini dengan harga lebih berpatutan

Berita baik! HONOR Pad X8 kini RM799 berbanding harga terdahulu RM899. Ayuh segera ke kedai HONOR berhampiran anda untuk membeli tablet ini bersama hadiah percuma sarung flip!

Untuk maklumat lanjut tentang produk terbaharu dan promosi HONOR, sila layari laman rasmi HONOR Malaysia di: https://www.hihonor.com/my

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.