Ultimate magazine theme for WordPress.

Kemaskini IOS 14.5 : Banyak Kemudahan Dan Ciri-Ciri Menarik

0

Apple hari ini telah mengeluarkan satu kemaskini IOS bagi para pengguna Iphone dimana IOS 14.5 ini mempunyai ciri-ciri, kemudahan dan keselamatan yang telah ditambahbaik bagi para pengguna Iphone.

 

Antara kemaskini IOS 14.5 ini akan mengaktifkan satu ciri penambahbaikkan bagi keselamatan privasi pengguna Iphone iaitu App Tracking Transparency. Dengan pengaktifan aplikasi ini sejurus selepas pengguna Iphone membuat kemaskini kepada IOS 14.5, segala aplikasi yang boleh memantau penggunaan mereka perlu diminta kebenaran terlebih dahulu.

 

Selain itu, bagi mereka yang telah membuat kemaskini juga boleh menikmati ciri baharu iaitu boleh membuka kunci Iphone tanpa perlu menanggalkan pelitup muka (face mask). Kelebihan ini boleh dilakukan dengan menggunakan Apple Watch Series 3 dan keatas bagi membuka kunci Iphone tanpa perlu memasukkan kata laluan mahupun menanggalkan pelitup muka untuk pengecaman wajah.

Terdapat juga beberapa perubahan dan penambahan kepada emoji bagi kemaskini IOS 14.5 ini.

Jadi sudahkan anda mengemaskini IOS 14.5 di Iphone anda? Tinggalkan ruang dan komen diruangan dibawah dan jangan lupa seperti biasa teruskan bersama kami di website dan FB Page untuk berita-berita teknologi terkini!

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.