Ultimate magazine theme for WordPress.

iMac 24 inci 2021 : 7 Variasi Warna Berbeza, 4.5K Retina Display

0

Semalam adalah merupakan hari terbesar buat Apple dimana pihak mereka telah melancarkan beberapa peranti dan produk buat penggemar jenama ini. Antara peranti dan produk yang dilancarkan oleh Apple adalah iMac 24 inci 2021 dengan 7 variasi warna menarik dan 4.5k retina display. 

 

Secara ringkasnya bagi spesifikasi iMac 24 inci 2021 ini dibina dengan menggunakan cip pemprosesan mereka sendiri iaitu M1. Sebagaimana kita sedia maklum sebelum ini, cip pemprosesan yang digunakan pada model sebelum ini adalah berasaskan Intel. Ini adalah sejajar dengan matlamat mereka yang mahu menggunakan cip pemprosesan sendiri pada peranti komputer mereka kurang daripada 2 tahun.

iMac 24 inci 2021 ini boleh didapati dalam 7 warna yang berbeza iaitu biru, hijau, pink, perak, kuning, oren dan ungu.

 

iMac 24 inci 2021 ini juga dikatakan hadir dengan sokongan Touch ID pada papan kekunci bagi lebih sekuriti.

 

 

Peranti baharu iMac 24 inci 2021 ini akan dijual pada tanda harga bermula dari RM5599.

Teruskan bersama kami di website dan FB Page untuk berita-berita terkini!

Lihat spesifikasi penuh iMac 24 inci 2021 DISINI!

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.