Ultimate magazine theme for WordPress.

Nokia 5710 XpressAudio Disertakan Fon Telinga Pada Peranti

0

Salam Mesra, satu topik yang pelik tapi benar. Mana tidaknya, ada sebuah jenama telefon menghadirkan sesuatu kemudahan yang tidak pernah lagi min terbayang sebelum ini. Dimana Nokia telah hadir bersama sebuah peranti dengan fon telinga yang terletak pada bahagian belakang peranti. Model ini dikenali dengan nama Nokia 5710 XpressAudio.

Dengan kehadiran fon telinga yang sentiasa terletak pada peranti, sudah tentu ia memudahkan lagi pengguna untuk mendengar musik tanpa perlu membeli atau menyimpan dan membawa kesana-kesini. Pasti ramai pernah lalui, meletakkan telefon di telinga hanya untuk mendengar apa musik atau suara yang keluar daripada video yang kita ingin pertontonkan di telefon . Jadi dengan adanya kemudahan ini, sudah pasti kerisauan atau kebimbangan itu tidak perlu difikirkan lagi.

 

Fon Series 30+ ini berfungsi sebagai pod pengecasan untuk sepasang fon telinga nirwayar, dimana tempat penyimpanannya terletak dibahagian belakang peranti. Telefon Nokia ini dikatakan bukan dalam kategori telefon pintar,tetapi ia hadir dengan saiz skrin 2.4″ QVGA bersama kamera VGA di belakang. Turut hadir bersama bicu 3.5m dan bateri 1450 mAh yang mana Nokia mengatakan peranti ini boleh bertahan sehingga 20 hari.

Semasa kita mengeluarkan fon telinga daripada pod pengecasannya, fon telinga tersebut boleh digunakan selama 4 jam dengan sekali caj. Kalau sesiapa yang pernah menggunakan peranti Nokia XpressMusic, pasti tahu peranti-peranti seperti ini hadir bersama butang kawalan muzik yang tersedia pada peranti. Buat ketika ini, peranti ini dijual di UK dengan 2 varian warna iaitu hitam dan putih, dan ia harganya £75 iaitu RM394. Tinggalkan komen untuk info bersama, sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

 

Sumber Gambar : NoteBookCheck

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.