Ultimate magazine theme for WordPress.

Nothing Phone (1) – Rasmi Dilancarkan Bersama SnapDragon 778G+

0

Salam Tiberr, Dulu bukan main rancak lagi Nothing Phone (1) ini. Mungkin sebab reka bentuk yang seperti produk Apple. Yeke? Apa-apa pun peranti yang min nak katakan ini adalah sebuah peranti yang berada dalam kelas pertengahan premium. Tak pelik untuk diceritakan kerana sebelum ia rasmi, sudah ramai yang mengetahui tentang kewujudannya.

Sedikit info mengenai terwujudnya peranti Nothing Phone (1) ini, peranti ini adalah telefon pintar pertama daripada syarikat baharu daripada Carl Pei, lebih menariknya lagi, Carl Pei adalah bekas pengasas OnePlus. Gembar-gembur peranti Nothing Phone (1) ini agak memberansangkan. mana tidaknya, peranti ini hadir dengan sistem LED Glyph yang unik dan dilengkapi dengan rekaan lutsinar. Malah, permintaan melalui StockX untuk peranti ini mencapai sehingga belasan ribu Ringgit.

 

Mari kita bercakap mengenai spesifikasinya, Nothing Phone (1) rasmi bersama skrin peranti yang bersaiz 6.55″ bersama paparan OLED dengan resolusi skrin FHD+. Untuk kadar segar semula, peranti ini boleh mencapai sehingga 120Hz dan cip pemprosesan yang disertakan pada peranti ini adalah SnapDragon 778G+. Untuk memori yang disertakan pada peranti, Nothing Phone (1) ini hadir dengan storan dalaman sebesar 256GB bersama 12GB RAM.

Beralih kepada bahagian kamera, peranti ini hadir dengan kamera utama 50MP Sony IMX766 dan 16MP Samsung JN1. Untuk kamera swafoto ia hadir bersama 16MP Sony IMX471. Peranti ini turut menyokong nyahkunci dengan mengimbas wajah bersama teknologi ArcSoft.

 

Nothing Phone (1) menggunakan Android 14 yang mana ia adalah versi terakhir yang menyokong cip SnapDragon 778G+ ini. Malah, peranti ini menjalankan sistem operasi Nothing OS (1) yang berasaskan Android 12. Tambahan, peranti ini turut hadir bersama speaker stereo yang ditala oleh Dirac.

Image

Pada bahagian baterinya, Peranti ini hadir dengan bateri berkapasiti sebesar 4500Mah dengan pengecasan yang menyokong sehingga 33W. Mengikut langkah seperti jenama telefon pintar yang lain, Nothing Phone (1) ini hadir bersama kotak yang nipis dimana seperti yang kita faham, kotak yang nipis ertinya pengecasan tidak disertakan dalam kotak. Tetapi Nothing Phone (1) ini akan sertakan Casing lutsinar yang tersedia didalam kotak.

Bercakap semula mengenai sistem peranti Nothing OS (1) , ia hadir bersama sistem DND (Do Not Disturb) tersendiri. Malah, turut hadir bersama sistem LED Glyph. Ini kerana lampu LED pada peranti ini hadir dengan 6 kawasan berlampu iaitu pada bahagian kamera depan dan kamera belakang, pengubahan kecerahan 1 dan 2, bateri dan USB Port. Sistem Glyph membolehkan lampu ini diubahsuai mengikut keinginan pengguna, yang mana kita boleh mengubah apabila menerima panggilan telefon, Google Assistant, mengecas peranti, mendengar muzik dan menerima notifikasi. Lebih menariknya, semasa mendengar muzik, lampu LED itu boleh berubah-ubah coraknya mengikut rentak.

Peranti ini akan rasmi di Malaysia tidak lama lagi, walaupun masih belum pasti tarikh jualan rasminya. kita sudah tahu harga yang ditawarkan untuk peranti Nothing Phone (1) ini, untuk varian 8GB RAM + 256GB rasmi dengan tanda harga RM2,399. Manakala untuk varian 12GB RAM + 256GB harga rasminya adalah RM2,699. Jadi sudah bersediakah kalian untuk memiliki peranti ini? Tinggalkan komen untuk info bersama, Sampai bertemu lagi geng. Assalamualaikum, Chow !

 

Sumber Gambar:

indianexpress

my.nothing.tech

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.