Ultimate magazine theme for WordPress.

Nokia Edge 2022 ala-ala iPhone Tapi Versi Android? Perasmian Di Indonesia

0

Salam Sayang Sesama Makhluk, Min terkejut dan exited sebenarnya sebab min dapat info yang Nokia nak buat comeback dengan membawa model Nokia Edge 2022. Akan tetapi reka bentuknya diperkatakan hampir sama seperti iPhone? betul ke ni Nokia? Fuhhh iPhone versi keras ke apa ni? haha

Min dapat leaks mengenai spesifikasi Nokia Edge 2022 ini, ia dikatakan menggunakan skrin jenis Super Amoled 6,8 inci dengan resolusi hingga 4K dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 7 yang dikatakan lebih hebat daripada Gorilla Glass Victus. Nokia Edge 2022 juga dihadirkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 888 dengan  RAM sebesar 10GB dan 12 GB, untuk ROM, peranti ini dihadirkan memori sebesar 256GB dan 512 GB. Sistem Operasi untuk peranti ini menggunakan Android 12 dengan ciri tambahan seperti Finger Print, Face ID, kompas dan dan banyak lagi.

Untuk bahagian kamera, Nokia Edge 2022 dikatakan hadir dengan Quad kamera belakang sebesar 108 MP + 32 MP + 13 MP + 8 MP dan kamera hadapan pula sebesar 64 MP. Untuk bateri, peranti ini dihadirkan dengan bateri berkapasiti 6,900mAh dan meyokong pengecasan pantas sehingga 33W. Peranti ini dikhabarkan menyokong 5G dan peranti ini juga dikatakan mampu bertahan kedalaman air sedalam 2 meter malah selama 2 jam

Peranti ini dikatakan akan dilancarkan di Indonesia pada julai 2022 atau Oktober 2022 keatas. Harga untuk peranti ini berkemungkinan dijual di Indonesia sekitar 4.3Juta Rupiah (RM 1,261.70)  hingga 7Juta Rupiah (RM2,053.92). Macam mana geng, korang rasa kalau dia rasmi di Malaysia korang nak grab tak? haha So berjumpa lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

 

 

 

Sumber Info :

https://www.ntb.today/2022/04/harga-hp-nokia-nokia-edge-terbaru-2022.html

Sumber Gambar :

https://teknologi.bisnis.com/read/20220331/280/1517520/nokia-edge-2022-hadir-saingi-iphone-13-kapan-meluncur-di-indonesia

www.world-today-news.com/

https://nganjuk.pikiran-rakyat.com/teknologi/pr-2194113317/kapan-hp-nokia-edge-2022-rilis-di-indonesia-ini-spesifikasi-harga-dan-jadwal-rilis-hp-nokia-pesaing-iphone

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.