Ultimate magazine theme for WordPress.

Nothing ear (2) secara rasmi dilancarkan hari ini!

0

Hari ini secara rasminya nothing ear (2) telah dilancarkan secara livestream di youtube channel Nothing. Ear (2) meraikan reka bentuk ikonik Nothing dengan kejuruteraan elit dan pemperibadian peringkat seterusnya untuk pengalaman bunyi yang terbaik.

Pelancaran dengan tanda harga RM599 , nothing ear (2) memberikan spesifikasi utama seperti berikut:-

 

Sangat ringan pada hanya 4.5 g

Custom Driver 11.6 mm yang berkuasa

 24bit Hi-Res Audio yang Disahkan

 Pembatalan Bunyi Aktif peringkat seterusnya (ANC)

 Profil Bunyi Peribadi

 Sehingga 36 jam masa mendengar 

 Dual Connection, boleh connect pada dua device dan tukar mengikut kegunaan

Video yang seumpama vlog bersahaja dari CEO nothing sendiri iaitu Carl Pei, dimulakan dengan di belakang studio dan mempamerkan beliau seolah-olah seperti tech-tech youtuber yang terkenal seperti MKBHD, jerryrigeverything, mrwhostheboss dan juga ijustine memberikan penerangan mengenai produk baharu mereka, ear (2).

ear (2) akan hadir di store fizikal mereka di Nothing Store Soho, London Kith Stores (Miami, NYC, LA Paris, Tokyo) bermula 23 Mac 2023 untuk pra tempah dan buka untuk jualan pada 28 Mac 2023. Jangan risau, ear (2) akan hadir di Malaysia seawal 8 April 2023!

Kalau korang berminat boleh dapatkan secara online di https://my.nothing.tech/products/ear-2

Di hujung video MKBHD muncul sebagai cameo sedang tonton video pelancaran ear (2) tersebut dengan mengatakan, “cringe, call me when its phone (2)”

Adakah ini tanda atau teaser Nothing phone (2) akan dilancarkan tak lama lagi?

Nak tahu stay tuned dekat page Izami Gadget. Bagi korang yang terlepas pelancaran tersebut boleh tengok video tu dekat sini geng.

 

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.