Ultimate magazine theme for WordPress.

OnePlus 10T 5G Rasmi Dengan SnapDragon 8+ Gen 1

0

Malam ini, terjawab segalanya mengenai peranti OnePlus 10T 5G. Sebentar tadi selesai sudah perlancaran secara global untuk peranti ini.

Berdasarkan daripada perlancaran tadi, OnePlus 10T 5G hadir dengan saiz skrin 6.7 inci paparan skrin Fluid AMOLED dengan kadar segar semula yang mencapai sehingga 120Hz. Pada bahagian storan, peranti ini hadir dengan 16GB LPDRR5 bersama storan dalaman 256GB UFS 3.1. Cip yang dihadirkan untuk peranti ini rasmi dengan cip pemprosesan SnapDragon 8+ Gen 1.

Kepada yang tertanya-tanya mengenai ketahanan baterinya, peranti ini hadir dengan bateri sebesar 4,800Mah dan menyokong pengecasan pantas SuperVooc yang mencapai sehingga 150W. Dimana peranti ini boleh dicas penuh daripada 1% sehingga 100% dengan hanya memerlukan 19 minit sahaja. Tambahan info, OnePlus akan memberikan pengecasan pantas SuperVooc yang mencapai sehingga 160W tersedia didalam kotak, ini bermakna pengecasan yang diberikan lebih 10W. Wow langkah yang bijak dan menarik daripada OnePlus.

Beralih kepada bahagian kameranya. OnePlus 10T 5G ini hadir dengan 3 mod kamera. Pada bahagian belakang peranti, kamera utama hadir dengan sensor 50MP (Sony IMX766), Kamera UltraLebar 8MP dan Kamera Makro 2MP. Untuk kamera swafoto pula hadir dengan sensor 16MP.

Peranti ini hadir dengan 2 varian warna iaitu MoonStone Black dan Jade Green. Akan tetapi untuk harga jualan di Malaysia akan diumumkan pada 18 Ogos ini dan akan mula tersedia di pasaran bermula 1 september 2022.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.