Ultimate magazine theme for WordPress.

Carl Pei Mengesahkan Berita Mengenai Nothing Phone Lite Adalah Palsu

0

Sebelum ini riuh di sosial media yang mana ada pihak mengatakan Nothing Phone (1) akan hadir di pasaran dengan versi Lite. Pihak itu ada mengatakan Versi Lite ini akan hadir dengan spesifikasi yang lebih kurang sama tetapi hanya tiada sistem lampu Glyph pada bahagian belakang peranti.

berita mengenai kesahihannya akhirnya terjawab apabila tuan badan mengeluarkan sendiri kenyataan dan mengatakan bahawa apa yang dikatakan di twitter mengenai kehadirkan Nothing Phone Lite adalah palsu.

Ini menunjukkan bahawa Nothing Phone (1) versi Lite tidak akan dilancarkan dan Nothing hanya mengeluarkan satu-satunya peranti mereka iaitu Nothing Phone (1) yang sudah rasmi dijual di pasaran Malaysia semenjak 1 Ogos 2022 dengan tanda harga yang bermula pada RM2,399 pada varian 8/256GB.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.