Ultimate magazine theme for WordPress.

Vivo Y35 4G Akan Rasmi Di Malaysia Pada 11 Ogos 2022

0

Meninjau di halaman Vivo, nampaknya mereka telah mengemas kini laman mereka dengan mengemukakan spesifikasi penuh untuk peranti Y35 4G mereka yang nampaknya akan dirasmikan di Malaysia kelak.

 

Vivo Y35 4G ini diperlihat hadir dengan saiz skrin 6.58-inci bersama jenis skrin LCD dan pada paparan skrin pula beresolusi FHD+. Pada bahagian bateri, peranti ini hadir dengan bateri berkapasiti sebesar 5000Mah dan menyokong pengecasan pantas FlashCharge berkelajuan 44W. Storan pada RAM pula boleh dikembangkan secara maya sehingga 8GB RAM dan untuk storan dalaman peranti boleh mencapai sehingai 256GB.

Peranti ini nampaknya hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm SnapDragon 680 dan apabila kita beralih kepada bahagian kamera, Vivo nampaknya memberikan peranti ini sebuah tri-kamera dengan tetapan 50MP + 2MP + 2MP dan pada bahagian depan pula, kamera swafoto pada peranti ini terlihat hadir dengan 16MP. Ciri-ciri lain seperti sambungan USB-C port, BlueTooth 5.0 dan sebagainya turut hadir pada peranti ini.

 

Sistem operasi untuk peranti ini nampaknya menggunakan FunTouch OS 12 yang berasakan daripada Android 12. Untuk varian warna, terlihat peranti ini hadir dengan 2 varian iaitu Agate Black dan Dawn Gold. Tetapi buat ketika ini, harga rasmi untuk pasaran Malaysia masih belum lagi diketahui. Tinggalkan komen untuk info bersama, Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

Sumber :

GSMArena

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.