Ultimate magazine theme for WordPress.

Oppo A54s Dilancarkan – Dikuasakan Oleh MediaTek Helio G35

0

Oppo telah memperkenalkan Oppo A54 Mac lalu, diikuti dengan versi 5G, dan kini Oppo telah memperkenalkan Oppo A54s. Telefon pintar ini disenaraikan di laman web Oppo UK dan ditunjukkan secara ringkas di Amazon Itali.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas Oppo A54s:-

  • Dilengkapi skrin LCD HD 6.52- inci+ kadar segar semula 60Hz, dengan takuk menempatkan kamera swafoto 8MP.
  • sistem tri-kamera : Kamera utama 50MP, kamera kedalaman 2MP, kamera macro 2MP.
  • Dikuasakan oleh cip pemprosesan Mediatek Helio G35.
  • 4GB RAM, storan dalaman 128GB.
  • Dilengkapi dengan bateri 5000mAH dengan sokongan pengecasan Super VOOC.
  • IPX-4 (kalis air).

Oppo A54s hadir dengan dua variasi warna iaitu biru dan hitam. Amazon Itali memaklumkan peranti ini akan dijual bermula 13 November 2021 ini pada tanda harga  €229.99 (~RM 1,114).

Lihat spesifikasi penuh Oppo A54s DISINI

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

Sumber

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.