Ultimate magazine theme for WordPress.

Pandangan Peranti Foldable Bagi Seorang Pengguna Apple

Peranti boleh lipat atau foldable phone adalah suatu teknologi phone yang tidak lagi asing untuk warga – warga teknologi di Malaysia mahupun di serata dunia.

Sebagai seorang apple fan boy yang tegar hahaha, menggunakan foldable phone yang berasaskan Operating System Android adalah satu cabaran bagi min. Dalam coretan kali ini, min menggunakan Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Oppo Find N2

 

Reka Bentuk (Design) & Adaptation

Sudah tentu, reka bentuk foldable amatlah unik, boleh lipat, boleh 90 darjah skrin besar, ada yang kompak, ada yang bulky. tetapi adakah ia lebih selesa dikendalikan berbanding iPhone? so far, apa yang min experience, ia amat mudah untuk melayan  video di Youtube, Netflix mahupun Disney Hotstar. Tetapi, bagi sesetengah aplikasi, masih lagi tidak fully optimise dan mungkin hadir glitch dan juga not really full screen.

Untuk Oppo Find N2, walaupun ia adalah foldable phone, tetapi design beliau yang agak kompak memudahkan untuk masuk ke dalam kocek seluar dan dibawa kemana-mana. Tetapi untuk Fold 4, agak bulky, tebal tetapi of course besau skrin beliau dan puas tengok movie atau mengedit video menggunakkan Capcut.

Battery Life

Memang kalau dulu guna iPhone mesti kena troll sebab asyik kena bawak powerbank merata-rata, tapi iPhone siri 14 kali ini battery life dah besar, dah boleh tahan lama. Tetapi, masih tidak boleh lawan ketahanan bateri peranti – peranti android zaman kini. Oppo Find N2 antara yang mempunyai kapasiti bateri yang tahan sangat lama which can last more than a day. Fold 4 juga tidak kurang hebat battery life yang jika kita fully charge 100% di waktu pagi, time balik kerja jam 5 masih lagi ada 50 – 60%. So far min berpuas hati dengan battery life foldable phone.

UI/Software

Apple sentiasa nak jadi lain daripada yang lain, dia punya OS sangat simple dan mudah sangat untuk difahami. Bagi min yang tidak menggunakan android selalunya memandang OS Android adalah sangat complicated. Selepas menggunakan Fold 4 dan Oppo N2 ni secara fully utilised, baru faham yang Android OS tidaklah se-complicated yang disangka kan, hanya kena faham dan biasakan. Yang ni pujian diberikan secara keseluruhan kepada Samsung Z Fold 4. Keselesaan interface, cara interaksi dan susunan settings amat memudahkan dan user friendly jika nak dibandingkan dengan Oppo Find N2 yang agak susah nak difahami dan agak complicated.

Camera

Jangan gaduh – gaduh, ya betul siapa-siapa pun akan cakap phone mereka lah yang ada camera paling cantik, paling cun, paling bokeh, paling power. Ya min dulu pun cakap iPhone paling power gambar dia. Tetapi hakikat dan realitinya, masing –  masing ada kelemahan dan kelebihan sendiri. Samsung Z Fold 4 hadir dengan 50Mp camera mereka, Oppo Find N2 dengan 50Mp Hasselblad korang banding dan nilailah sendiri dengan sample2 yang min bagi ni.

IMHO (uish macam BBNU) in my honest opinion, min suka gambar yang dihasilkan oleh camera Oppo Find N2 yang sangat cantik dan clear, Fold 4 pula memberikan gambar yang sangat Sharp dan Detail. iPhone mostly gambar dan video yang sangat cantik, tetapi kalau malam tu agak kurenglah.

 

Android Auto Vs Apple Carplay

Mungkin tidak ramai yang menyentuh hal ini tetapi bagi min, ini adalah penting untuk tidak menggunakan phone di dalam kenderaan (ecewah sangat) Apple Carplay amatlah mudah untuk digunakan untuk tengok maps, notification status dan calendar notification. Android Auto pula walaupun menawarkan fungsi yang sama, ia adalah lebih strict dan selamat berbanding dengan iPhone. Di mana jika kita dah pairing dengan Android Auto kepada kereta kita, kita langsung tidak boleh menggunakkan phone tersebut seperti nak cari jalan dalam google maps ke, system Android akan suruh kita type menggunakan system di dalam kereta dan tidak boleh menggunakan phone sama sekali. Mungkin bagi sesetengah orang akan anggap features ini adalah menjengkelkan, tetapi ia adalah satu fungsi keselamatan. Apple Carplay tak ada macam ni ya.

 

Conclusion

Kalau lah min ditakdirkan untuk gunakan Android phone, min akan semestinya memilih foldable phone sebagai daily driver untuk digunakan bagi tujuan kerja dan juga hiburan. Bukan dah retired menjadi apple fan boi, tetapi antara sebab ia adalah besar tetapi tidak terlalu besar seperti tablet atau iPad. Camera cantik dan power, Battery Life tahan lama more than a day usage dan mudah dikendalikan.

Kalau korang suka kami memberi pendapat tentang foldable phone dan juga peranti – peranti lain, boleh komen dan share dan nantikan juga banyak lagi phone – phone foldable yang kami akan memberi pendapat kami tentang peranti – peranti tersebut di sini ataupun stay tuned di channel Izami Gadget!

- Advertisement -

Comments are closed.