Ultimate magazine theme for WordPress.

PC Games Spider-Man – 2 Games Akan Dilancarkan Untuk PC

0

Salam Kenangan, buka sahaja topik mengenai Spider-Man sudah pasti akan menjadi pebualan hangat. Bukan hanya pada Movienya sahaja, pada permainan video juga tetap mendapat perhatian hangat untuk mereka yang benar-benar meminati Hero ini.

Acara PlayStation State Of Play berakhir dengan beberapa berita yang menarik oleh Sony. Ini kerana permainan video Spider-Man yang menjadi kegilaan ramai ini sekarang akan dilancarkan pada PC. Pertama kali Game Spider-Man ini dilancarkan adalah pada tahun 2018, tetapi tidak pada PC, kini impian menjadi kenyataan kerana ia akan rasmi di PC.

 

Bukan 1 tapi 2, permainan video yang dulunya hanya diperkenalkan pada PlatStation sahaja, kini ia bakal rasmi di PC iaitu Marvel’s Spider-Man Remastered yang bakal dilancarkan pada 12 Ogos 2022 ini. Sebuah lagi adalah Marvel’s Spider-Man: Miles Morales yang akan diperkenal sekitar hujung tahun ini.

Menurut Sony, kedua game Spider-Man ini adalah hasil daripada kerjasama studio Nixxes Software. Dimana bukan sahaja grafik memukau seperti ray-tracing tetapi ia turut menyokong untuk bermain permainan video ini dengan menggunakan tetikus dan papan kekunci. Jadi secara tidak langsung, permainan video Spider-Man menjadi sebuah game ekslusif yang ketiga masuk ke PC selepas permainan video Horizon: Zero Dawn dan God of War. Tak sabar min nak tunggu geng. Favorite hero min ni. Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

Sumber Gambar:

https://www.gematsu.com/2022/06/marvels-spider-man-remastered-coming-to-pc-on-august-12-marvels-spider-man-miles-morales-this-fall

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.