Ultimate magazine theme for WordPress.

Qualcomm Snapdragon 898 : Dijangkakan Bakal Dilancarkan Disember Ini

0

Menurut sumber, syarikat pengeluaran cip pemprosesan Qualcomm dijangkakan bakal melancarkan keluaran terbaru mereka yang mungkin dipanggil Snapdragon 898 atau Snapdragon 895. Model yang dikhabarkan ini adalah SM8450 manakala model sebelumnya Snapdragon 888 adalah SM8350. 

 

Hal ini tertiris apabila Digital Chat Station telah mengeluarkan satu penyataan tentang model tersebut yang dikatakan prestasi bagi cip pemprosesan akan datang ini meningkat sebanyak 20%, yang mana isu kepanasan masih ada seperti model sebelumnya.

CPU bagi Snapdragon 898 ini direka menggunakan senibina tiga kluster. Teras paling besar akan berasaskan Cortex-X2, teras kedua terbesar berasaskan Cortex-A710 manakala teras kecil adalah berasaskan Cortex-A510. Kesemua ini adalah rekaan terbaru dibawah ARM v9 pure 64-bit system. 

Jangkaan pelancaran bagi Qualcomm Snapdragon 898 atau Snapdragon 895 ini adalah pada bulan Disember dan tidak mustahil bahawa apabila dilancarkan kelak kemungkinan seperti biasa Xiaomi akan merasmikan dahulu cip pemprosesan baharu ini.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.