Ultimate magazine theme for WordPress.

Range Rover Sport Serba Baharu Takrifkan Semula Erti Kemewahan dan Kelasakan

0

ARA DAMANSARA, 20 Oktober 2023 – Menggabungkan keanggunan yang tiada tandingan  dan prestasi cemerlang, Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) hari ini telah secara rasmi melancarkan Range Rover Sport generasi ketiga yang amat dinanti- nantikan di pasaran Malaysia. Range Rover Sport menetapkan penanda aras baharu dengan kehebatan pacuan di jalan raya, keupayaan di semua permukaan yang terkenal di serata dunia, keanggunan reka bentuk progresif dan ciri keterhubungan terkini. 

Range Rover Sport serba baharu membawakan penampilan luar serba mewah yang disebatikan dengan DNA Range Rover yang nyata, diserlahkan oleh perkadaran garis bentuk yang menarik untuk memperlihatkan rupa bentuk yang dinamik dan teguh. Penampilan gah ini disokong kemasan serba anggun, termasuk gril depan terselinap dan lampu LED digital yang tersendiri. Reka bentuk yang cantik dipandang mata ini adalah yang paling tipis untuk dipasang pada kenderaan Range Rover, dan terletak anggun di atas bampar bawah dwibukaan terukir, dengan elemen mendatar terbahagi dua sedondon warna badan yang menyerlahkan kelebaran visual, serta perincian hitam yang menawan. 

Garis bentuk bahagian luar lebih menyerlah dengan tingkap dan pemegang pintu yang sama rata, kemasan susur sisi yang tersembunyi dan bumbung kimpalan laser. Teknologi yang mempelopori reka bentuk ini menyumbang kepada kehebatan prestasi aerodinamik kenderaan, dengan Range Rover Sport menghasilkan koefisien seretan hanya 0.29. Roda 22” Gaya 5127 berwarna Kelabu Gelap Satin dan mekanisme penutupan pintu lembut benar-benar mencerminkan komitmennya kepada kemewahan. 

Di ruang dalam yang dihias mewah Range Rover Sport, kabin mirip kokpit menjanjikan pengalaman memandu dinamik dan tahap penglihatan yang cemerlang, disertai konsol tengah tinggi yang mencondong dan teknologi intuitif. Sistem kawalan iklim empat zon membolehkan penetapan tersendiri bagi kedua-dua pemandu dan penumpang, manakala ciri-ciri penulenan udara pro kabin menapis kotoran dan bahan alahan, lantas menjamin keselesaan optimum.

 Sistem infohibur Pivi Pro mencuri tumpuan dengan skrin sentuh melengkung 13.1 inci terapung resolusi tinggi. Sistem pembantu peribadi intuitif yang pintar mewujudkan pengalaman yang disesuaikan secara peribadi di dalam kenderaan dan mengawal segala sistem, daripada pandu arah kepada media dan penetapan kenderaan. Skrin utama Pivi Pro, dengan antara muka yang mudah digunakan, boleh disesuaikan degan ciri-ciri yang boleh dicapai dengan hanya dua sentuhan daripada skrin utama. Maklum balas haptik menjadikan sistem ini lebih baik lagi, mengurangkan keperluan untuk pemandu mengalihkan tumpuan mereka daripada jalan raya. Skrin Pivi Pro dilengkapi dengan  Paparan Pemandu Interaktif 13.7-inci serta reka letak yang boleh disusun atur semula. 

Dipacu enjin pengecas turbo 3.0-liter Petrol MHEV 400PS, Range Rover Sport mampu memecut daripada sifar kepada 100km/j dalam masa hanya 5.7 saat. Model terbaharu ini memperkenalkan pelbagai teknologi casis lanjutan untuk mewujudkan pengalaman pemanduan dinamik. Dirangka berteraskan Seni Bina Longitud Modular (MLA-Flex) logam bercampur, casisnya menghasilkan ketegaran kilasan sehingga 35% lebih tinggi berbanding model terdahulu, membentuk asas bagi sistem kawalan casis bersepadu yang ditala khas bagi Range Rover Sport baharu. Di samping itu, penggunaan Suspensi Udara Dinamik meningkatkan lebar jalur suspensi dengan membezakan tekanan di dalam ruangnya. Range Rover Sport baharu juga dilengkapi transmisi automatik ZF lapan kelajuan dan ciri Pacuan Semua Roda Pintar, menghasilkan cengkaman optimum dalam semua keadaan.

 Keselamatan juga diutamakan dengan Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS). Ciri-ciri keselamatannya termasuk Brek Kecemasan, Kamera Keliling 3D, Pengesanan Meredah Air, tahap keterlihatan lebih jelas dengan Pemandangan Permukaan  ClearSight dan Cermin Pandang Belakang Dalam ClearSight, Lampu Pengendalian, Kawalan Luncur Adaptif dengan Bantuan Stereng, Tindak Balas Keadaan Pemandu, Bantuan Ikut Lorong, dan Pengecaman Tanda Lalu Lintas.

 Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Bahagian Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau berkata, “Sime Darby Motors sukacita untuk melancarkan Range Rover Sport generasi ketiga, yang mendapat sambutan memberangsangkan di peringkat global kerana kombinasi kemewahan dan prestasinya. Kami yakin bahawa Range Rover Sport akan menetapkan penanda aras baharu dalam segmen SUV mewah yang kian berkembang di Malaysia.” 

Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, menambah, “Range Rover Sport bukan setakat sebuah SUV biasa. Sesungguhnya ia memperlihatkan usaha berterusan kami untuk meningkatkan tahap piawaian dalam kemewahan automotif. Dengan terus menambah baik dan membawakan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan bagi pelanggan, Range Rover Sport serba baharu bakal membuktikan kehebatannya di jalan raya Malaysia dan meneruskan warisan kecemerlangan yang memang menjadi lambang Range Rover. Dalam seluruh rangkaian kenderaan Range Rover, Range Rover Sport ialah permata berharga yang direka khas untuk mereka yang mahu menikmati setiap pengalaman memandu, memaparkan kuasa dan kejituan dan mengubah sama sekali setiap perjalanan untuk memberikan nikmat pemanduan yang luar biasa.”

Rasai kemewahan dan prestasi tiada tandingan Range Rover Sport baharu, yang kini boleh didapati dalam versi Dynamic. Harga bermula dari RM888,688 untuk bebas cukai dan RM1,698,000.00 untuk cukai berbayar. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.landrover.com.my/.

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.