Ultimate magazine theme for WordPress.

Honor X9b – Peranti Paling Lasak – Certified!

0

Belum sempat setahun, baru 10 bulan yang lepas Honor X9a dilancarkan di Malaysia dan kami pun apa lagi nmenghentam peranti tersebut selunyai lunyai nya tetapi pergh! tetap tahan tetap mantap! Kali ni, kita ada generasi baharu dan successor kepada Honor X9a iaitu Honor X9b. Semestinya ia lebih mantap dan power and kali ni test kitorang lebih extreme. Jom kita review and test it out!

1st Test

Toilet Drop Test

2nd Test

Washing Machine Test

3rd Test

Car Drop Test

4th Test

Paintball Test

Korang tengokla test kitorang tu kejam tak kejam. Dah kejam begitu pun Honor X9b ni, ia mampu melepasi another level ujian ketahanan yang kami lakukan. Persoalannya, bagaimanakah ia mampu setahan ini? semua ni adalah mungkin dengan Honor Ultra Bounce Anti Drop Display Technology, dimana ia hadir dengan triple layer of protection, yang bertindak sebagai cushioning material bagi menyerap segala impak lantas menjaga komponen dari rosak dari kejadian yang tak diingini.

Ini lantas melayakkan Honor X9b menjadi smartphone pertama di dunia yang mempunyai Switzerland’s SGS five star overall drop resistance certification, ia bukan sahaja tahan lasak pada paparan, malahan dari segala sudut binaannya.

Tapilah kan kalau semua belum mampu menyakin kan korang, jangan risau. Honor x9b ni hadir dengan 365 days of front & back crack protection secara percuma. Senang cerita dalam tempoh setahun, kalau phone korang crack, tak kisah paparan ke atau back panel, Honor akan mengantikan secara PERCUMA. Ini menunjukkan betapa honor yakin dengan Honor X9b kali ni.

Walaupun Honor X9b diberikan segala ketahanan tu, Honor X9b ini masih lagi hadir dengan design yang sleek , nipis dan premium.  Yang paling min suka adalah warna sunrise orange dia. Finishing dia orange premium leather, lepastu dengan metal ring design dia beserta essence keemasan tu dah macam ala-ala Rolex tuu. Dengan rekabentuk dia nipis dan ringan ia membuatkan perasaan dalam genggaman tu memang terasa selesa dan mewah dalam masa yang sama.

Dari segi paparannya juga tidak kurang hebatnya dengan 1500 Amoled panel display beserta dengan 120hz kadar segar semula, dalam segmentnya ia adalah antara yang bukan sahaja berkualiti, malahan cerah dalam masa sama. Dengan nearly bezelles display ni, pengalaman menonton content pada honor x9b ni memang terasa amat mengujakan. Warna tampak pop-up, colorful, dan pengalaman pengoperasian yang cukup responsive. Honor jugak tidak culas dalam memberikan  all those eye care features seperti circardian night display , dynamic dimming dan juga 1920hz PWM dimming bagi penjagaan mata anda.

Walaupun ini adalah peranti yang lasak, bab kamera Honor tidak ambil mudah geng. Kali ini, ia hadir dengan 108Megapiksel kamera utama geng. Dimana dalam penggunaan kami, bagi gambar siang, cukup cahaya, Honor X9b mampu menghasilkan imej yang cukup tajam, jelas, dengan kawalan HDR dan cahaya yang cukup bagus. Gambar-gambar yang terhasil mostly on point dan memberangsangkan. Portrait bokeh juga cukup kemas dan creamy, dengan potongan boleh yang most of the time menjadi serta natural.

Untuk gambar malam pun tak kurang hebatnya, imej tampak cukup well lit, dengan pengalawan hingar yang cukup memuaskan dan kebanyakan masa, imej dapat di capture dengan mudah walaupun secara handheld sahaja. Overall, untuk sebuah phone tahan lasak, dia tak mengorbankan kualiti kameranya.

Untuk mengoperasikan peranti ini, ia hadir dengan Snapdragon 6 Gen 1 (4nm) , dengan padanan 12GB ram beserta 256GB UFS 3.1 internal storage. Which is antara yang terbesar, terpantas dalam segment ni. Dari segi penggunaan , memang lancar dan mencukupi malahan bagi yang nak main game macam Genshin Impact, memang takda masalah playable dengan lancarnya  isu kepanasan ke apa segala memang takda. So far, smooth and silky. Bagi menguasakan peranti ini, ia hadir dengan 5800 mAh, antara yang terbesar dalam kategori nya. So far nak guna 2 – 3 hari tu memang takda masalah. dah lah kebal, tahan lama pulak tu. Pergh, memang power lah.

Secara conclusion nya, Honor memang buat gila dengan Honor X9b kali ini dan pada yang tertanya, apa penting nya this extreme test dan crack protection bagai ni ada penting nya. Dalam kebanyakan peranti mengejar prestasi, kamera dan os, tidak dinafikan, smartphone kini semakin fragile dan tak tahan lasak. dan semakin mahal sesebuah peranti tu, semakin mahal la kos nak baiki kalau ianya jatuh dan crack. Mulalah kedai atau jenama menjual extra protection insurans atau pakej, of course dengan extra money. Lama kelamaan jadi mahal kos pemilikan sesebuah peranti itu. Tetapi dengan Honor X9b ni, korang tak perlu nak risau sangat pasal semua tu. Ianya tahan lasak, good looking, dan perform dalam masa yang sama. All in 1 package, Sangat Berbaloi.

Honor X9b ni bakal dilancarkan di malaysia pada 1 November 2023 ni, dan kalau korang berminat, korang boleh riki dekat website Honor , atau kedai kedai Honor terdekat untuk early bird diskaun bermula 23 October ni. Korang bayar deposit RM9 je untuk lock phone ni. Selain dari premium freegift 365 hari front and back crack replacement tu, korang juga berpeluang memenangi cash rebat sehingga RM1500. so apa tunggu lagi, pegi sambar cepat.

Bagi yang nak tengok full test review kami meh tengok dekat sini!

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.