Ultimate magazine theme for WordPress.

Tablet 4G LTE paling lengkap & berbaloi 2023 – Honor Pad X9 LTE

0

Kali ini kami hadir dengan tablet yang paling lengkap, paling berbaloi buat tahun 2023 ini.

Kitorang nak bercerita harini pasal Honor Pad X9 LTE, tablet android  yang bukan sahaja  slim and sleek, tetapi juga hadir dengan paparan besar responsive serba moden, 6 speaker surround system, prestasi yang menarik dengan bateri sepanjang hari, integrated OS, dan yang paling penting sekali, menyokong 4G atau LTE.

Dan semua itu, korang boleh dapatkan dengan hanya RM1099 jee gengg. Murah weyyyy! Dahla murah siap dapat percuma folio case Bluetooth keyboard lagi tau.

Dari segi design, walaupun tablet ini berharga rahmah, tetapi Honor Pad X9 LTE ini tidak kedekut pada design nya.

Ia tampak elegant, stylish, sejajar dengan design language masa sekarang.

Dengan kenipisan hanya sekitar 6.9 milimeter dan berat sekitar 495gram sahaja, ianya mudah di selit di dalam kebanyakan portable bag lantas memberikan portability kepada pengguna untuk di bawa kemana sahaja.
Dengan padanan folio Bluetooth keyboard yang di berikan sekali percuma tadi tu, ia bukan sahaja memberi perlindungan lengkap pada tablet ni, malahan memberikan versatility pada penggunanya.

Dari segi paparan, ia hadir dengan paparan besar bersaiz 11.5 inci, Honor fullview display, IPS LCD, 1 billion color dengan kadar segar semula nya 120hz.

Kami sangat suka display Honor ni kerana ia adalah simmetrikal tanpa notch atau punch hole, so pengalaman melayari content terasa penuh dan memuaskan.

Sepanjang menggunakannya, ia menghasilkan kualiti paparan yang cukup memuaskan hati, dengan color yang cukup menarik untuk sebuah ips lcd panel, plus dengan 120hz kadar segar semulaa, memang lancar je kerja harian kami.

Honor yang sangat terkenal dengan keprihatinan mereka terhadap pengguna, paparan Honor Pad X9 LTE ini juga hadir dengan all the eye protection features seperti hardware level tuv rheinland certification for low blue light and flicker free, dynamic dimming, dan circardian night display, bagi memastikan mata kita terjaga untuk penggunaan jangka panjang.

Display cantik, harga murah, Honor belanja pulak lagi dengan 6 speaker dengan honor histen sound, 2 di sisi kiri, 2 disisi kanan, dan 2 lagi di sisi bawah lantas menghasilkan kualiti audio yang immersive pada segala arah. Audio yang disampaikam cukup lantang , malahan dengan vocal enhancement technology, ia mampu untuk distinguish suara lantas memberikan pengalaman stereo audio yang cukup memuaskan.

Dan bagi melengkapi kualiti untuk menjadi sebuah tablet yang berbaloi, sudah tentu kuasa yang mencukupi.Dimana Honor Pad X9 LTE ini hadir dengan cip pemprosesan 685 dengan tetapan 7GB RAM (4+3gb Turbo RAM) beserta dengan 128GB internal storan. Menariknya, ia juga menyokong external sdcard untuk storage expansion.

Seperti nama tablet ini, yes dia menyokong sim card so korang boleh je nak buat kerja and melayari laman sesawang tanpa any hindrance.Mesti korang risau pasal bateri dia kan? Bateri tablet 4G LTE adalah bateri sepanjang hari iaitu sebesar 7250mAh dengan sokongan pengecasan pantas 22.5watt, so memang puas la nak mengabiskan bateri sebesar ni.

Bagi melengkapi pakej tablet berbaloi ini , sudah tentu nadi utama, iaitu Honor MagicOS 7.1 yang penuh dengan fungsi dan features ni.

Dengan fungsi multi windows, macam biasa , korang boleh split skrin, kiri apps lain, kanan apps lain, pastu boleh tambah lagi 2 smartview windows, korang boleh bukak up to 4 apps dalam 1 masa. Ni baru la multitasking.

Kemudian, bagi yang suka simpan bahan bacaan atau material Ketika browsing ke apa, dengan fungsi three finger swipe, dengan mudahnya korang boleh simpan atau bookmark page tersebut untuk simpanan masa mendatang.

Honor juga telah memudahkan pengguna mereka dengan, fungsi honor connect, dimana korang boleh enjoy multidevice experience yang menarik. Korang nak paparkan phone korang pada tablet ni, pastu nak balas chat ke, baca notification ke, malahan the best part, nak drag drop gambar atau file dari phone ke tablet atau vice versa, pun boleh serta mudah. Fungsi ni takda pada tablet lain seharga ni. Honor Pad X9 LTE ni je ada.

So amacam, padu tak padu. Berbaloi kan. Tak payah aku bebel Panjang lebar pun, korang sendiri tahu memang berbaloi.

Dengan hanya RM1099 sahaja, korang dapat tablet dengan design slim and sleek, paparan besar yang responsive, 6 speaker surround, prestasi mencukupi dengan bateri sepanjang hari, dan of course paling penting support 4G LTE, lepastu dengan Honor Magic OS 7.1 penuh fungsi ni, free Bluetooth keyboard yang legit, for the price, nothing more we can ask for. Honor Pad X9 LTE sememang nya berbaloi dalam segmentnya.

Kalau korang nak tengok review penuh kami meh klik link sini!

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.