Ultimate magazine theme for WordPress.

realme Q3s : Bakal Dilancarkan Oktober 2021

0

Memetik daripada sumber, mengatakan bahawa realme bakal melancarkan produk baharu mereka seterusnya yang diberi nama realme Q3s

Sumber juga mengatakan bahawa berdasarkan ciapan daripada laman sesawang Weibo, realme’s Global VP Derek Wang mengesahkan penamaan bagi peranti itu dan juga tarikh pelancaran peranti itu iaitu pada Oktober 2021. 

 

 


realme Q3s juga dikatakan bakal menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 778G dan hadir dengan penambahbaikan yang lebih hebat daripada siri realme Q3. 

Jangkaan binaan realme Q3s ini sekurang-kurangnya dibina dengan 8GB RAM dan juga 128GB storan dalaman. Tetapi bagi pendapat peribadi, majoriti apabila penambahbaikkan dilakukan, kebiasannya adalah merujuk kepada penambahbaikkan kamera, kapasiti bateri dan juga paparan skrin. 

Jika diberi pilihan, apakah yang anda inginkan pada sesuatu telefon pintar untuk ditambahbaik supaya menepati dengan citarasa dan peredaran teknologi semasa?

Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen atau di Facebook Page Izami Gadget. 

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.