Ultimate magazine theme for WordPress.

Xiaomi 12 Bakal Dilancarkan Hujung Tahun Ini?

0

Baru-baru ini Xiaomi telah pun melancarkan produk-produk baharu mereka seperti siri Xiaomi 11T, Xiaomi Pad 5 dan banyak lagi. Kali ini, memetik daripada sumber, mengatakan bahawa kemungkinan penutup tirai 2021 ini akan diakhiri dengan pelancaran Xiaomi 12. 

 

 

Dijangkakan pelancarannya akan mengambil tempat pada awal tahun 2022. Xiaomi 12 juga menurut sumber dikatakan bakal menjadi yang pertama menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 898 disamping akan menyajikan kepada para pengguna rekabentuk dan fungsi yang lebih menarik :-

  1. Paparan skrin AMOLED LTPO, paparan ini adalah paparan E5 daripada Samsung dengan resolusi 2K dan kadar segar semula 120Hz.
  2. Hadir dengan tri-kamera dan kesemua resolusi akan berada pada 50MP.
  3. Menggunakan Samsung ISOCELL GN5 dan Sony IMX766 untuk ultra-wide. 
  4. Jangkaan lebih menarik pada kamera telephoto dimana ia akan hadir dengan 5x optical zoom.

 

 

Xiaomi 12 juga dijangkakan bakal hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh, 120W bagi pengecasan berwayar dan menyokong 50W pengecasan tanpa wayar (wireless charging). 

Setakat hari ini masih tiada berita rasmi atau informasi rasmi berkenaan tarikh pelancaran Xiaomi 12 bagi pasaran global dan juga Malaysia kelak. 

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.