Ultimate magazine theme for WordPress.

Redmi 9C Akan Tersedia Pada Harga RM499 Mulai 3 Ogos 2021 Ini!

0

Xiaomi Malaysia telah pun melancarkan satu peranti yang mesra pengguna dan mesra poket di mana anda boleh mendapatkan peranti ini pada harga hanya RM499 sahaja! Walaupun peranti ini dijual pada harga marhaen, namun jika dilihat kepada spesifikasi produk, anda tidak akan percaya! Ini tidak lain tidak bukan ia adalah peranti yang diberi nama Redmi 9C.

Redmi 9C sebelum ini telah dilancarkan dengan budget-friendly di mana spesifikasi yang diberikan adalah 2GB/3GB RAM dan 32GB/64GB storan dalaman. Kali ini Xiaomi mengeluarkan pula varian yang sama tetapi dalaman yang lebih besar dan hebat!

Redmi 9C yang dilancarkan kali ini memberikan anda dalaman yang lebih besar dan hebat iaitu 4GB RAM dan 128GB storan dalaman. Redmi 9C ini akan tersedia untuk jualan mulai 3 Ogos 2021. 

Secara ringkas bagi spesifikasi peranti ini hadir dengan paparan skrin resolusi 6.53 inci HD+, mempunyai tiga kamera di mana 13MP bagi kamera utama, 2MP kamera makro, 2MP kamera kedalaman (depth sensor). Dijanakuasakan oleh MediaTek Helio G35, bateri yang berkapasiti 5,000mAh yang disokong dengan pengecasan pantas 10W. Redmi 9C ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu Oren dan Biru.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.