Ultimate magazine theme for WordPress.

ROG 6 & 6 Pro – Rasmi Di Malaysia

0

Salam Mesra, Selepas perkenalan peranti telefon pintar ROG 5 pada bulan Mac tahun lepas. Tahun ini hadirnya sebuah telefon gaming baru yang semestinya dilancarkan oleh syarikat terbesar di Taiwan. Jadi, tahun ini akan hadir sebuah peranti baru iaitu ROG 6. Dan lebih menariknya lagi, peranti ini adalah yang pertama menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen 1.

Kepada peminat peranti ROG, semestinya kalian sudah jangka yang Asus akan hadirkan sebuah peranti ROG yang sama seperti sebelumnya. Dimana peranti ROG 6 ini hadir dengan paparan AMOLED dan skrin bersaiz 6.78-inci bersama resolusi FHD+. Pada kadar segar semulanya, peranti ini boleh mencecah sehingga 165Hz geng, sangat menakjubkan kan? Manakala untuk Touch sampling peranti adalah 720Hz, Touch Latency pula 23ms dan ia hadir dengan HDR10+ Certificate. Memang ngam terox lagi-lagi kalau kita guna untuk bermain permainan videoBeralih kepada skrin, peranti ini mempunyai nisbah kontras 1,000,000:1, meliputi 111.23% gamut warna DCI-P3 dengan purata delta E < 1 dan kecerahan peranti ini mampu sampai sehingga kecerahan 1200nits. Belum puas hati lagi? ROG 6 ini apabila dilihat pada skrin peranti, ia hadir dengan lapisan Corning Gorilla Glass Victus untuk rintangan calar.

Beralih kepada bahagian belakang peranti, telefon pintar ROG 6 ini hadir dengan logo ROG yang bercahaya. Apabila beralih kepada telefon ROG 6 Pro, peranti PRO ini hadir dengan paparan PMOLED berwarna ROG Vision, yang mana kita boleh tukar paparan di belakang, atau erti kata lain Customized paparan di bahagian belakang peranti, malah untuk lebih penjagaan skrin belakang, peranti ini hadir dengan lapisan Corning Gorilla Glass 3 untuk rintangan calar. Kepada yang bertanya selesa ke tidak apabila menggunakannya, peranti ini hadir dengan berat 239g dan ketebalan pula 10.3mm.

Beralih kepada bahagian dalam peranti iaitu spesifikasinya. Peranti ini hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 yang baharu. Pada ROG 6, ia hadir dengan 2 pilihan, iaitu 12GB RAM / 256GB memori dalaman dan 16GB RAM / 512GB memori dalaman. Untuk peranti Pro iaitu ROG 6 Pro, peranti ini hanya tersedia dengan 1 varian sahaja iaitu 18GB RAM / 512GB memori dalaman. Pada sistem penyejukan peranti, ia hadir dengan sistem sejuk yang sangat bagus, dimana peranti ini hadir dengan ciri GameCool 6 bersama sistem pelepasan haba yang sangat menakjubkan. Walaupun ia adalah peranti untuk Gaming, ROG tetap memberikan sebuah kamera belakang yang tidak kurang hebatnya, dimana ROG 6 ini hadir dengan kamera utama 50MP dengan sensor kamera SONY IMX766, pada kamera UltraLebar pula ia hadir bersama 13MP dan untuk kamera Makro ia disertakan dengan 5MP sahaja. Untuk kamera hadapan, ROG menggunakan sensor kamera SONY IMX663 bersama 12MP.

Apabila bercakap mengenai sebuah telefon Gaming, semestinya kita ingin ingin tahu kapaisiti baterinya kan? Peranti ROG ini hadir dengan bateri sebesar 6,000Mah dan baterinya dibahagi kepada dua dimana satu bahagian adalah 3,000Mah. Asus juga mengatakan bahawa peranti ini hadir bersama pengecasan pantas yang hadir didalam kotak dan pengecasan ini boleh mencecah sehingga 65W. Untuk telefon ROG 6, ia hanya memerlukan 42 minit sahaja untuk mencapai daripada 0% kepada 100%. Selain itu, peranti ini hadir dengan stereo speaker dan bicu audio 3.5mm bersama audio tanpa wayar dengan sokongan SnapDragon. ROG 6 ini turut disertakan imbasan cap jari yang pada pada skrin peranti. Tambahan, peranti ini turut hadir bersama sokongan NFC, Bluetooth 5.2, Wifi 6E dan sokongan rangkaian 5G.

Apabila bercakap semula mengenai Gaming Mode, peranti ROG 6 ini hadir dengan Asus’ Armoury Crate dan Game Genie Sofware yang telah disediakan dan dipasang pada peranti. Dimana pengguna boleh menyesuaikan mod gaming pada peranti bergantung pada penggunaan serta pengguna boleh menggunakan butang tambahan seperti AirTrigger yang Asus mengatakan AirTrigger 6 baharu ini hadir dengan ciri sensitiviti yang lebih baik dan Motion Control Sensor yang lebih mantap.

Sebelum terlupa, ROG juga hadir dengan aksesori Kunai 3 yang mana ia akan memberi pengalaman yang lebih menarik kepada Console Gaming. Bersama casing yang disertakan ROG, pengguna boleh memasang aksesori tersebut dengan mudah dan pengalaman memegangnya akan jadi seperti kita menggunakan permainan Nintendo Switch. Selain daripada itu, pengguna boleh menyahpasang aksesori tersebut dan sambungkan secara wayarles dan ia akan menjadi seperti Controller Xbox. Menarik bukan?

Malah, terdapat juga beberapa aksesori yang akan menjadi pilihan wajib untuk dimiliki. Antaranya adalah AeroActive Cooler 6 baharu. Dimana dengan aksesori ini, pengguna boleh memastikan peranti berada dalam keadaan sejuk dan pengguna diberi pilihan untuk cucuk kabel Type-C ataupun tidak, itu adalah bertujuan untuk penjagaan jangka hayat bateri.

Banyak sudah perkongsian mengenai ROG 6 dan ROG 6 Pro. Jadi tiba masanya untuk kita beralih pada pilihan warna. ROG 6 hadir dengan dua pilihan warna iaitu Phantom Black dan Storm White. Dan untuk versi Pro, peranti ini hadir dengan 1 pilihan warna sahaja iaitu Storm White. Jadi mari kita beralih kepada bahagian harga peranti, ROG 6 yang hadir bersama varian 12GB RAM/256GB, ia rasmi dengan tanda harga RM3,599, manakala untuk varian 16GB ROM / 512GB, ia hadir dengan tanda harga rasmi RM4,399. Untuk versi Pro, ROG 6 Pro hadir secara rasmi di pasaran Malaysia dengan tanda harga RM4,999 sahaja.

Harga yang dinyatakan ni, korang rasa berbaloi tak? Maklumat tambahan, Pra-tempahan untuk peranti ROG ini sudah boleh di pra-tempah bermula 6 Julai 2022 di kedai rasmi mereka di Shopee dan kedai runcit yang sah di Malaysia. Tetapi, peranti ini akan tersedia sepenuhnya bermula pada bulan Ogos dan untuk peranti ROG 6 Pro pula akan tersedia pada bulan September. Untuk mereka yang membuat pra-tempahan, hadiah percuma yang bernilai sehingga RM548 akan menanti korang. Selain itu, korang semua boleh mendapat lanjutan warranti setahun beserta AeroActive Cooler 6 baharu yang harga pasarannya adalah RM349. Untuk tempahan telefon ROG 6 di Shopee, korang akan dapat potongan harga 10% untuk Slash Hip Bag dan CrossBody Bag yang kedua ini dijual dengan tanda harga RM499 dan RM399. Sampai bertemu lagi geng, tinggalkan komen untuk info bersama. Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.