Ultimate magazine theme for WordPress.

Samsung Adakan RoadShow Seluruh Malaysia Sepanjang September Untuk Galaxy Z Series

0

Kepada yang tidak sabar untuk memiliki peranti Samsung Galaxy Z Series ini. korang boleh singgah dahulu di raodshow yang akan dijayakan oleh Samsung Malaysia Electronics dan meraka mengalu-alukan kedatangan peranti Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Fold4 dengan mengadakan pameran bergerak yang berlangsung sepanjang bulan September 2022 ini.

Samsung akan melakukan pameran bergerak untuk perkenalkan kepada semua mengenai Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Fold4. Ia akan diadakan di seluruh Malaysia, korang akan dapat melihat peranti luar biasa ini beraksi. Dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan menakjubkan, RoadShow ini pasti mendatangkan keseronokan. daripada merakam gambar yang sempurna pada setiap sudut kepada mencipta video tarian unik sendiri dengan menggunakan Mod Flex.

 

Bersedia lah semua kerana siri Samsung Galaxy Z yang ini akan diperhalusikan sepenuhnya untuk meningkatkan hiburan dan kehidupan sosial, jadi jangan terlepas dan semua dijemput hadir!

 

RoadShow untuk Siri Samsung Galaxy Z akan berlangsung di lokasi di bawah:

Roadshow Event Date Location
2 September – 4 September 2022 Setia City Mall, Selangor
2 September – 4 September 2022 Mid Valley Southkey, Johor
9 September – 11 September 2022 Imago Mall KK, Sabah
9 September – 11 September 2022 Plaza Gurney, Penang
29 September – 2 October 2022 Sunway Pyramid, Selangor

Ketika korang disana, jangan terlepas dengan promosi pelancaran yang menakjubkan dan tawaran eksklusif yang disediakan! Nikmati hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,398 apabila korang membeli Galaxy Z Flip4 atau Galaxy Z Fold4 . korang juga berpeluang untuk memenangi The Freestyle bernilai RM4,999. Selain itu, korang mungkin yang bertuah untuk mendapatkan pek hadiah bernilai RM250 secara eksklusif di RoadShow itu.

Maklumat lebih mengenai Galaxy Z Flip4 Dan Galaxy Z Fold4, boleh dapatkan disini. Dan untuk maklumat lebih lanjut mengenai RoadShow yang akan berlansung, Boleh dapatkan disini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.