Ultimate magazine theme for WordPress.

Samsung Galaxy Buds2 Pro & Galaxy Watch5 Series Tersedia Untuk Pembelian Bersama Tawaran Menarik

0

Samsung hadir dengan berita yang menarik! kini peminat-peminat Samsung boleh merasai sendiri Galaxy Buds2 Pro dan Galaxy Watch5 Series di Samsung Experience Stores dan Samsung Authorized Partners di seluruh negara dan membawanya pulang segera bermula awal September! Dengan setiap pembelian unit earbuds atau SmartWatch Galaxy terkini, semua berhak untuk menikmati tawaran eksklusif yang disertakan bersama produk oleh Samsung.

Jika korang ini seorang yang menghargai pengalaman audio yang berkualiti, daripada muzik yang deras mahupun menggunakannya untuk menonton filem, Galaxy Buds2 Pro pilihannya. Dengan bunyi high-fidelity yang jelas, ciri audio yang telah dipertingkatkan, reka bentuk yang anggun dengan padanan yang lebih selesa, Galaxy Buds2 Pro ini ditetapkan untuk meningkatkan pengalaman mendengar ke tahap yang baharu.

 

Bagi setiap pembelian Galaxy Buds2 Pro, pelanggan akan menerima hadiah istimewa bernilai RM99 iaitu penutup Kalis Air untuk Galaxy Buds. Penutup akan menjadi tambahan yang sangat berguna kerana ia menyediakan penghalang IP97. Selain itu, memandangkan penutup perlindungan adalah lutsinar dan mempunyai cangkuk yang dipasang padanya, kita boleh menikmati kemasan warna matte baharu Galaxy Buds2 Pro. Varian warna yang disertakan adalah Graphite, Bora Purple dan White. ke mana-mana kita pergi, kita boleh menggantungnya pada beg galas atau tali pinggang agar ia mudah untuk dicapai.

Seterusnya, Jam Tangan Pintar yang direka untuk memberikan pengalaman kesihatan peribadi yang menyeluruh, Siri Galaxy Watch5 ialah jurulatih kesihatan dan kecergasan peribadi sebenar yang kita perlukan untuk meningkatkanlagi kualiti gaya hidup. Untuk setiap pembelian Siri Galaxy Watch5, pelanggan akan menikmati hadiah eksklusif bernilai sehingga RM549, iaitu Galaxy Buds Live untuk Galaxy Watch5 Pro, dan Tali Jam Jenis Kulit Hibrid yang bergaya untuk pelanggan Galaxy Watch5. Dengan hadiah percuma ini, pelanggan Galaxy Watch5 Pro boleh menukar antara gaya jam tangan olahraga kepada profesional dengan mudah pada bila-bila masa untuk disesuaikan dengan tetapan, manakala pelanggan Galaxy Watch5 boleh menikmati kedua-dua kawalan muzik yang lancar dan menarik dengan Galaxy Buds Live.

 

Belum habis lagi, pelanggan boleh menikmati diskaun hebat 20% daripada PWP pada Galaxy Buds2 Pro yang baru dan model Galaxy Buds terpilih yang lain. Dengan ini, penyambungan akan lebih mudah mudah diantara telefon Galaxy, Galaxy Watch5 dan Galaxy Buds2 Pro. Jangan terlepas dengan tawaran menarik dan hangat yang akan tamat pada 30 September 2022. Dapatkan semua promosi ini di kedai Samsung Experience Stores dan Rakan Kongsi yang Sah Samsung di seluruh negara untuk menjadi salah satu yang pertama memiliki alat dengar dan boleh pakai Galaxy premium terkini!


Untuk lebih lanjut boleh pergi terus ke Samsung. Jangan lupa untuk untuk mengetahui lebih lanjut untuk Galaxy Buds2 Pro, Galaxy Watch5 dan Galaxy Watch5 Pro.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.