Ultimate magazine theme for WordPress.

Samsung Hadir Dengan Peranti Bateri Berkapasiti 5,000Mah Dengan Harga Bawah RM900

0

Rasanya disebabkan terlalu banyak peranti dikeluarkan dan diperkenalkan di pasaran membuatkan ramai orang menjadi bingung dalam membuat pilihan untuk memilih model atau brand telefon pintar. Apabila tiba masanya untuk membeli sebuah telefon pintar, penting untuk kita tahu apa sebenarnya yang kita inginkan daripada sebuah telefon pintar.

Dengan kemajuan teknologi yang pesat pada zaman ini, Samsung dengan senang hati ingin memberitahu bahawa Samsung masih mempunyai peranti yang bagus dengan harga mampu milik. Bukan 1 tapi 2 geng.

Peranti yang Samsung maksudka adalah Galaxy A13 dan Galaxy A23. Dimana kedua peranti ini direka untuk memenuhi gaya hidup yang sibuk, dan memudahkan aktiviti harian tanpa perlu mengecas terlalu kerana kerana peranti ini boleh bertahan sehingga dua hari kerana bateri nya ahdir dengan kapasiti 5,000mAh-nya

 

Peranti-peranti ini boleh digunakan untuk hiburan malah untuk kerja harian, Galaxy A13 dan Galaxy A23 dilengkapi dengan cip pemprosesan Octa-Core Exynos 850 untuk Galaxy A13 dan Snapdragon 680 untuk Galaxy A23 dan RAm yang disertakan bersaiz 6GB RAM bersama storan dalaman 128GB. Selain daripada itu, ia juga boleh ditingkatkan sehingga 1TB dengan sokongan kad microSD.

 

Di samping itu, peranti ini juga menawarkan paparan FHD 6.6-inci yang mengasyikkan dan terang yang membolehkan anda bermain permainan di telefon dan menonton rancangan TV kegemaran anda dengan lebih asyik. Kadar segar semulanya pula mencapai sehingga 90Hz yang mana ia pasti dapat memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar.


Jika mempunyai bajet yang lebih, pilihlah Galaxy A23! Kerana ia lebih kurang sama seperti Galaxy A13, ia juga dilengkapi dengan sistem kamera quad. Walau bagaimanapun, peranti ini lebih istimewa kerana kamera utamanya hadir dengan sensor 50MP dengan ciri penstabilan imej optik (OIS). Jadi ia sangat sesuai untuk mereka yang meminati fotografi dan videografi. Malah, peranti ini menyokong pengecasan pantas 25W.

 

Sehingga 30 September, nikmati rebat sebanyak RM50 atau RM100 apabila membuat pembelian Galaxy A13 (RM799) atau Galaxy A23 (RM999) . Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan peranti idaman anda dalam varian warna yang bergaya seperti: Awesome Peach, Awesome Blue, Awesome Black atau Awesome White (Galaxy A23 sahaja).

Selain itu, anda juga boleh berjimat dengan lebih apabila anda menukar-beli peranti lama anda:

Promosi Butiran Sah Sehingga
Rebat Trade-in Terima rebat tambahan sehingga RM150 ditambah kepada nilai tukar beli asas 30 September 2022

Tertakluk pada terma dan syarat.

 

Untuk Maklumat Lanjut. Galaxy A13 & Galaxy A23

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.