Ultimate magazine theme for WordPress.

Samsung Galaxy Z Flip 4 Boleh Design Warna Dengan Bespoke Edition

0

Samsung Galaxy Z Flip 4 Hadir dengan rekaan yang menarik dan cantik. Dimana dengan telefon yang boleh dilpat, menjadikan ia lebih kecil dan mudah untuk disimpan.

Spesifikasi untuk Samsung Galaxy Z Flip 4 boleh dilihat di sini. Min sekarang ingin memberitahu perkara menarik yang diperkenalkan Samsung untuk model terbaru ini. Dimana Samsung ada mengiklankan untuk peranti ini hadir dengan 4 varian warna iaitu Bora Purple yang mana warna ini adalah warna terbaru daripada Samsung, yang mana warna ini juga adalah tema untuk Samsung pada tahun ini. Tiga pilihan warna selebihnya adalah Graphite, Pink Gold dan Blue.

Ada juga perkara yang lebih menarik dan tertarik mengenai peranti Samsung ini, dimana Samsung memperkenalkan model terbaru ini dengan ‘Bespoke Edition’, pengguna boleh mengubah warna mengikut warna yang diminati. Terdapat beberapa warna yang Samsung telah beri dan kita boleh menukarkannya pada belakang peranti di bahagian bawah dan atas, malah pada bahagian bingkai turut mendapatkan peluang ini. Pengguna diberi peluang untuk mengubah warnanya mengikut kesukaan tetapi untuk tempahan ini, ia akan mengambil sedikit masa untuk dipersiapkan sebelum diberi kepada anda.

Samsung adalah satu-satunya jenama yang menghasilkan peranti boleh lipat dan kalis air. Seperti peranti Z Flip 3, Samsung Galaxy Z Flip 4 turut hadir dengan ciri kalis air IPx8. Dimana peranti ini boleh masuk ke air selama 30 minit dan sedalam 1.5 meter. Tetapi perlu diperingatkan bahawa peranti ini tidak kalis debu, kerana pada bahagian engsel tidak dilindungi dari butir halus debu dan ia boleh rosak jika termasuk di celah-celahnya.

Peranti ini hadir dengan 3 varian storan, 128GB + 8GB RAM, 256GB + 8GB RAM & 512Gb + 8GB RAM. Berikut min sertakan harga jualan dan selebihnya korang boleh terus pergi ke laman web rasmi Samsung Malaysia.

128GB + 8GB RAM – RM4,099

256GB + 8GB RAM – RM4,399

512Gb + 8GB RAM – RM4,899

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.