Ultimate magazine theme for WordPress.

Samsung Galaxy Z Flip 4 Hadir Dengan Skrin Previu Bergambar Ketika Dilipat

0

Samsung sudah perkenalkan sebuah peranti boleh lipat, sedar tidak sedar dengan sambutan yang menggalakkan daripada pengguna. Samsung Flip kini sudah ke generasi yang ke-4 dan dikenali dengan nama Samsung Galaxy Z Flip 4.

Peranti ini hadir dengan skrin boleh lipat, dulu ramai mengatakan ia sesuai untuk para wanita sahaja. Tetapi setelah diteliti, peranti ini sebenarnya boleh juga digunakan oleh para jejaka. Peranti ini sebenarnya lebih cenderung kepada lifestyle untuk semua peringkat umur. Sedikit info mengenai sepsifikasinya, Samsung Z Flip 4 ini apabila dibuka lipatannya, saiz skrin akan menjadi 6.7″ dengan resolusi FHD. Jenis skrin yang disertakan adalah Dynamic AMOLED 2X dan kadar segar semulanya mampu mencapai sehingga 120Hz.

Apabila ia dilipat, akan terlihat skrin kecil yang berukuran 1.9″. Pada skrin kecil ini, pengguna boleh mengakses secara mudah dan pantas kepada notifikasi, Musik, Penggera dan beberapa ciri lain. Lebih menariknya, pengguna boleh menjadi kan skrin ini untuk melihat previu bergambar dan lebih menariknya lagi, dengan menggunakan sensor kamera belakang dapat preview gambar melaluinya skrin kecil itu. Bercakap mengenai kamera, peranti ini hadir dengan dwi-kamera, kamera utama dan kamera ultra-lebar keduanya hadir dengan 12MP malah kamera sensor peranti ini lebih besar dan dilengkapi OIS dan AutoFokus swi-piksel, bermaknya ini dapat menghasilkan gambar yang lebih menarik dan cantik.

Antara perubahan terbesar yang dilakukan oleh Samsung pada Samsung Galaxy Z Flip 4 ini dapat dilihat adalah pada baterinya.  Dimana model sebelumnya hadir dengan 3,300Mah dan model terbaru ini hadir dengan penambahan 400Mah lantas menjadikan peranti Flip 4 ini rasmi dengan bateri sebesar 3,700Mah. Pada tahap pengecasan kekal sama dimana peranti ini berkemampuan dalam mengecas secara berwayar 25W dan nirwayar 10W. Dengan pengecasan pantas ini, Samsung Galaxy Z Flip 4 boleh mengecas 50% Dalam pada masa 30 minit. Dan beringatlah semua, bahawa kepala pengecas tidak disertakan didalam kotak. KihKih

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.