Ultimate magazine theme for WordPress.

Samsung – 3 Tali Peranti Galaxy Edisi Terhad, Kerjasama Bersama Mamee Monster, AirAsia & Inside Scoop

0

Salam Kenangan, Samsung baru-baru ini menzahirkan satu penawaran yang menarik kepada peminatnya. Dimana Samsung telah bekerjasama dengan jenama di Malaysia dan memperkenalkan siri tali edisi terhad pada peranti Galaxy.

Dengan Design yang menarik, samsung perkenalkan Strap ini dengan gabungan jenama Mamee Monster, Air Asia dan Inside Scoop. samsung mengatakan bahawa tali edisi terhad (berharga RM79) ini akan disertakan secara Bundle sekiranya pengguna membeli Silicon Cover With Strap pada model Galaxy S21 FE, S22, S22+, S22 Ultra, Z Flip 3, Tab S7 dan S8. Untuk pengetahuan, Silicon Cover With Strap untuk telefon pintar berharga RM169 manakala versi tablet untuk Tab S7 dan S8 berharga RM329.

Pelindung peranti ini dilengkapi dengan tali lebar yang membolehkan pengguna memegang peranti dengan lebih selamat. Sarung untuk Galaxy S22 dibuat dengan bahan seperti plastik yang boleh dikitar semula. Bagi mereka yang mempunyai tangan yang lebih besar, panjang tali boleh dilaras dan pada hujung tali, ia dilengkapi dengan Metal Buckle.

Tali edisi terhad ini tersedia secara eksklusif dalam talian di laman sesawang Samsung Malaysia. Untuk pengetahuan, ianya hanya terdapat 3,200 unit dan diedarkan secara rawak apabila pengguna membeli Silicon Cover With Strap. Ini bermakna pengguna tidak boleh memilih jenama kegemaran tetapi jenis tali akan dipaparkan semasa ingin membuat pembayaran.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.