Ultimate magazine theme for WordPress.

Samsung Galaxy Buds2 Dah Ada 360 Audio !

0

Salam Puasa Niat Sebulan, Korang mesti perasan Samsung sebelum ni memang dah perkenalkan ciri 360 Audio ni pada earbuds sebelum ni cumanya pada model Galaxy Buds Pro. Seperti yang sedia maklum, ciri 360 Darjah ni adalah kita seperti dapat merasai audio datang daripada semua arah. Malah ia mampu membuat kita rasa inzal yang maksima bila pasang di telinga, buka lagu kegemaran dan duduk bilik sambil turn on mood layan ~ Fuhhh min boleh bayangkan..

Min taknak cakap banyak, sebab ada berita gembira untuk korang. Samsung Galaxy Buds 2 ada Update terbaru dan update terbaru ini menaik taraf earbuds dengan menyokong 360 Audio, malah update terbaru ini juga memberi peningkatan dari segi kualiti panggilan dan sambungan Bluetooth. Saiz Update terbaru ialah 3MB.

Jadi siapa yang nak merasai 360 Audio boleh terus kemas kini Samsung Galaxy Buds2. Min lepas update, min first sekali memang layan lagu daripada Imagine Dragon. Memang inzal habis, tulang rusuk tu bukan setakat bergetar, dia punya layan tu sampaikan tulang rusuk pun boleh menari ikut lagu. Lain macam penangan 360 Audio ni. Jangan terlepas geng untuk merasai kelebihan yang ada pada Samsung Galaxy Buds2 ni. Berjumpa Lagi Geng, Assalamualaikum. Chow !

 

 

Sumber Gambar :

https://www.theverge.com/22619305/samsung-galaxy-buds-2-review-specs-price-features

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.