Ultimate magazine theme for WordPress.

Samsung Galaxy Z Fold 4 Bakal Hadir Di Pasaran

0

Salam KepadaMu Kekasih, Seperti yang kita sedia maklum, bila min cakap mengenai Samsung Fold, dalam kepala masing-masing confirm terfikir benda yang sama dengan min, iaitu sebuah telefon pintar yang boleh dilipat. Jadi untuk pengetahuan korang. Samsung berkemungkinan akan mengeluarkan satu lagi model baru daripada family Samsung Fold iaitu Samsung Galaxy Fold 4. Yang semestinya mempunyai sedikit upgrade daripada siri Samsung Galaxy Fold 3.

Samsung Galaxy Fold 4 ini dikatakan menggunakan sistem kamera daripada siri Galaxy S22 yang min rasa confirm merecikss sebab kita sendiri tau macam mana hasil sebuah gambar daripada kamera Samsung Galaxy S22. Tambahan lagi, Samsung Galaxy Fold 4 ini dikatakan salah satu lensanya hadir dengan zum optikal sehingga 3x, ia satu tambah baik yang ketara bilamana jika dibandingkan dengan Samsung Galaxy Fold 3 yang dilancarkan pada tahun lepas.

Samsung Galaxy Fold 4 ini juga ada bisikan-bisikan cinta mengatakan ia dihadirkan dengan satu engsel sahaja. Yang berbeza dengan model sebelum ni dimana model sebelum ini ia dihadirkan dengan dua engsel. Secara tidak langsung, kehadiran satu engsel ini mampu membuat peranti ini lebih nipis, tahan lasak dan lebih ringan. Untuk kesahihannya, min rasa sama-sama kita nantikan peranti ini dilancarkan pada sekitar bulan Ogos tahun ini. Berjumpa lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

 

 

Sumber Gambar :

www.notebookcheck.net

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.