Ultimate magazine theme for WordPress.

Vivo X Fold Bakal Dilancarkan Pada Minggu Hadapan !

0

Salam Satu Malaysia, Vivo baru-baru ini ada memberi hint untuk peranti yang bakal dilancarkan, ini adalah peranti pertama Vivo yang boleh dilipat geng. Sebuah model yang diberi nama Vivo X Fold. Fuhh hebat, Apa-apa pon min nak ucapkan tahniah kepada Vivo.

Vivo X Fold ini, min masih belum pasti mengenai butirannya, setakat ini yang min tau, X Fold ini dihadirkan dengan lenturan pada paparan yang sama seperti Oppo Find N, tapi bukan seperti Galaxy Z Fold3. Secara teorinya, kesan lipatan pada X fold ini mungkin tidaklah begitu ketara.

Pada kameranya, X fold ini ditala oleh Zeiss. Walaupun min tak dapat info lebih mengenainya, daripada gambar yang min sertakan, berkemungkinan peranti ini dihadirkan dengan sensor kamera periskop. Hebat kan mata min? haha. X Fold ini juga tidak mempunyai gap apabila dilipat, tidak seperti Galaxy Fold3.

Korang rasa dengan sedikit info yang min dapat ni, adakah Vivo X Fold ini mampu menggoda kita ataupun semua ini marketing semata? Sama-sama kita nantikan. Berjumpa lagi Geng, Assalamualaikum. Chow !

 

 

Sumber :

https://www.gsmarena.com/vivo_x_fold-11460.php

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.