Ultimate magazine theme for WordPress.

Samsung Galaxy S22 – Gambar Malam Menjadi Lebih Cantik Bersama Nightography

0

Banyak jenama telefon yang sangat mengambil berat mengenai kecanggihan sesebuah kamera. Begitu juga Samsung yang kini sangat mengfokuskan pada penghasilan gambar yang cantik daripada peranti-perantinya, bayangkan kita sedang keluar berjalan di taman bersama keluarga pada waktu malam dan terjumpa pemandangan yang indah tetapi peranti yang sedang digunakan tidak cantik pada penghasilan gambar, yang mana akan ada kesan kabur dan noise pada gambar yang diambil. Nampaknya Samsung kini faham betapa mencabarnya untuk mengabadikan detik-detik berharga itu.

Dan sebab itulah Samsung menggunakan sehabis baik teknologi yang semakin maju ini, untuk menghasilkan gambar yang cantik dan terang walaupun dalam suasana yang gelap. Dengan Nightography, membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas walaupun dalam persekitaran cahaya yang malap. Teknologi AI termaju dan Lens Super Clear pada Galaxy S22 Bora Purple akan membantu dalam menghasilkan sebuah gambar yang cantik pada waktu malam tanpa hadirnya sebarang silau mahupun noise.

Sekiranya korang nak melihat penghasilan Nightography, inilah masa yang sesuai. Mulai daripada sekarang hingga 30 September 2022, tunjukkan minat korang dengan peranti bersama penghasilan gambar yang cantik. Dimana dengan setiap pembelian Galaxy S22 edisi Bora Purple, pembeli layak mendapat hadiah berikut bernilai yang keseluruhannya bernilai RM1,116. Maklumat Lanjut Boleh Layari Samsung News.

MODEL Harga
Galaxy Buds2 (Any Colour) 499
Silicone Cover with Strap 169
Local Collab Strap (Inside Scoop) 79
Wireless Charger Duo 369

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.