Ultimate magazine theme for WordPress.

Vivo V25 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Yang Berharga RM2,499

0

Vivo baru sahaja melancarkan sebuah peranti yang mempunyai keunikannya tersendiri, dimana panel belakang peranti akan berubah warna mengikut keadaan cuaca geng, ini kerana Vivo V25 Pro ini hadir bersama panel kaca belakang jenis Fluorite AG.

Selepas perlancaran, pasti kita ingin tahu apakah spesifikasi yang disertakan pada peranti ini, Vivo V25 Pro hadir dengan skrin bersaiz 6.56 inci dan disertakan dengan panel AMOLED jenis melengkung dengan resolusi sehingga FHD+. Peranti ini menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz. Vivo V25 Pro ini menjalankan sistem operasi FunTouch 12 yang berasaskan Android 12.

Vivo V25 Pro dihadirkan bersama cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1300. Memori pula hadir dengan 12GB RAM dan penambahan 8GB secara maya (Etended RAM) bersama storan dalaman 256GB. Bateri hadir dengan kapasiti 4,830Mah bersama sokongan pantas 66W FlashCharge yang mana mampu menegcas peranti daripada 0% kepada 40% dalam masa 15 minit sahaja.

Kamera hadir dengan 3 kamera, Kamera utama hadir dengan 64MP, kamera ultra-lebar pula 8MP dan untuk sensor kamera makro hadir dengan 2MP. Untuk kamera swafoto, peranti ini hadir dengan kamera 32MP. Vivo V25 Pro hadir dengan 2 pilihan warna iaitu Surfing Blue dan Starlight Black. Di Malaysia, peranti ini dijual dengan 1 varian sahaja iaitu 12GB RAM + 256GB dengan tanda harga rasminya Rm2,499 dan sudah boleh di pra-tempah bermula 20-26 September dengan pulangan tunai RM100.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.