Ultimate magazine theme for WordPress.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI – IZAMI GADGET

0

Salam Malam Raya, Di Kesempatan ini min mewakili Team Izami Gadget ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Min tau, mesti kebanyakan daripada kita tengah kelam-kabut nak beli persiapan untuk raya esok. Mana tidak nya, malam tadi baru kita dapat tau yang raya hari isnin esok (2.5.2022). Min pun tadi dengan hanya berbekalkan kain  pelikat yang sudah 3 abad dengan baju pagoda zaman 70’an terus bergegas keluar rumah untuk beli kelengkapan raya esok.

Jadi geng, dikesempatan ini, sekali lagi min mewakili Izami Gadget, ingin meminta maaf sekiranya didalam pertuturan ada yang terkasar bahasa dan didalam pergaulan ada yang pernah terasa hati. Min mewakili Izami Gadget untuk minta maaf pada korang semua geng. Kerana insan biasa seperti kita tidak pernah lari daripada buat kesilapan, kosong kosong yee. Moga tahun ini menjadi tahun kemenangan untuk kita semua. Tidak lupa juga kepada mereka yang sentiasa support Channel Izami Gadget daripada hari pertama lagi, terima kasih geng. Sayang korang. Dan kepada yang baru mengenali Channel Izami Gadget, Min ucapkan selamat datang dan salam kenal.

 

Pada yang beraya di luar negeri dan memerlukan perjalanan yang jauh, min pesan awal-awal, korang berhati-hati dan jangan bawa laju sangat sebab rumah dekat kampung tu takkan pergi kemana. Rumah tu tetap ada dekat situ. Tolong sayang nyawa geng, min ingat lagi kata-kata iklan TV masa zaman min kecil dulu, Dia kata ‘Pandu Cermat, Jiwa Selamat’.

 

Tak lupa juga pada yang harus bekerja pada Hari Raya, jangan risau geng. Pahala korang confirm berlipat kali ganda, tu kira jihat tu. Sentiasa ingat bahawa ada hikmah disebalik ujian, sentiasa kuat dan bersemangat ! Insha’Allah ada rezeki beraya bersama keluarga pada tahun akan datang, lagipun sekarang kita sedang berada didalam fasa endemik untuk covid-19, InshaAllah tahun mendatang kita dapat beraya sepertimana orang lain merasa raya pada tahun ni.

 

Akhir kata daripada min, beraya berpada-pada. Enjoy selagi boleh tetapi keselamatan harus diutamakan. Sampai berjumpa lagi geng, Salam Aidilfitri. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.