Ultimate magazine theme for WordPress.

Perkhidmatan Apple Mula Perkenalkan Apple One. Perkhidmatan Apple Yang Lain Pula Kini Sudah Mencapai 825 juta Langganan

0

Salam Minggu Ramadhan Terakhir, seperti yang sedia maklum Apple selain daripada penjualan peranti, mereka juga mula memberi fokus pada penawaran dalam perkhidmatan. Perkhidmatan Apple yang min maksudnya adalah seperti iCloud, Apple Music, Apple TV+, Fitness+ dan Apple Arcade.

Mengetahuinya lebih lanjut, pada Januari 2022, mereka sudah mempunyai 785 juta pelanggan dalam perkhidmatannya. Pada tahun ini pula, Apple dilihat sedang dalam usaha memberikan lebih perhatian kepada perkhidmatan Apple TV+ dengan menawarkan rancangan dan filem yang menarik. Dan dalam pada masa yang sama, perkhidmatan ini juga sedang diperluas kepada banyak negara-negara lain.

Lebih menariknya lagi, selepas tiga bulan berlalu, bulan ini perkhidmatan Apple sudah mencecah sehingga 825 juta langganan. Menampakkan disitu ada penambahan 40 juta pelanggan yang baharu. Fuhh, Apple juga ada menyediakan perkhidmatan ‘Langganan Bundle’ dimana kita boleh menggabungkan kesemua perkhidmatan hanya dengan satu langganan berbayar, perkhidmatan ini Apple namakan Apple One, yang di Malaysia ia boleh dilanggan dengan harga bermula RM19.90 sebulan sahaja. Sampai Berjumpa Lagi Geng, Assalamualaikum. Chow !

 

 

 

Sumber Gambar:

https://klgadgetguy.com/apple-one-premier-now-in-malaysia-priced-from-rm69-90/

https://technave.com/gadget/Apple-One-officially-available-in-Malaysia-starting-from-the-price-of-RM19-90-a-month-21640.html

https://appleinsider.com/articles/21/10/28/apples-services-segment-maintains-explosive-growth-in-q4

https://medium.com/swlh/apple-services-bundle-economics-101-cb93a81caa9a

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.