Ultimate magazine theme for WordPress.

Imbasan QR Code Sudah Tidak Wajib Bermula 1 Mei 2022

0

Salam Kenangan Menjadi Rindu, seperti yang sedia maklum, semasa fasa pendemik kita diwajibkan untuk mengimbas QR Code setaip kali ketika ingin memasuki premis, bahkan untuk pergi ke majlis-majlis juga memerlukan imbasan QR Code, wajib tau, dia bukan sunat. Maknanya memang Imbas QR Code ni dah jadi kebiasaan pada rakyat Malaysia selama lebih kurang 2 tahun.

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia tidak diwajibkan lagi untuk mengimbas QR Code ketika ingin memasuki mana-mana premis bermula 1 Mei 2022. Dan disebabkan ianya tidak wajib lagi, secara tidak langsung kita sudah boleh memasuki premis tanpa mengira status vaksinasi masing-masing.

Akan tetapi, pada mereka yang positif dengan virus Covid-19 atau yang bersatus ‘Risiko HSO’ ini, mereka dilarang sama sekali untuk memasuki mana-premis atas keselamatan kita bersama. Jadi disebabkan itu, kerajaan meminta untuk kita sebagai rakyat Malaysia supaya mengaktifkan ciri MySJ Trace supaya ia memudahkan lagi dalam penjejakan kontak rapat sekiranya berlaku sebarang penularan.

Kita makin hampir dengan raya, Min doakan semoga semuanya selamat sampai dan pulang. Jangan terlalu bawa laju, kalau penat boleh rehat di tepi dan  ingat, kampung tu tak lari kemana, dia ada dekat sana. Ingat geng, keselamatan lagi penting.. Sampai berjumpa lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.