Ultimate magazine theme for WordPress.

Siri Huawei Nova 9 : Rasmi Dilancarkan Di China.

0

Memetik daripada laman sesawang The Times Of IndiaHuawei telah pun melancarkan siri Nova baharu mereka iaitu Huawei Nova 9.

 

 

Siri ini dilengkapi dengan pelancaran dua variasi iaitu Huawei Nova 9 dan juga Huawei Nova 9 Pro.

 

Huawei Nova 9 hadir dengan binaan storan dalaman sebesar 128GB dan juga 256GB. Harga yang dilancarkan di China adalah CNY 2,699 (sekitar RM1,748) bagi 128GB storan dalaman dan CNY 2,999 (sekitar RM1,942) bagi 256GB storan dalaman. 

 

 

Bagi Huawei Nova 9 Pro juga hadir dengan binaan storan dalaman yang sama seperti Huawei Nova 9 yang bertanda harga CNY 3,499 (sekitar RM2,266) bagi 128GB storan dalaman dan CNY 3,899 (sekitar RM2,525) bagi 256GB storan dalaman. 

 

Secara ringkasnya, spesifikasi siri Huawei Nova 9 ini adalah seperti berikut :-

Huawei Nova 9 

  • Menggunakan sistem HarmonyOS 2
  • Paparan skrin 6.5 inci dengan FHD+ (resolusi 2340x1080p)
  • Cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 778G SoC.
  • Mempunyai quad camera di belakang dengan kamera utama 50MP, 8MP ultra-wide angle, 2MP macro kamera dan 2MP kamera kedalaman.
  • Mempunyai selfie kamera 32MP.
  • Bateri berkapasiti 4300mAh.

Huawei Nova 9 Pro

  • Paparan skrin 6.72 inci dengan FHD+ (resolusi 2340x1080p)
  • Turut menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 778G SoC.
  • Binaan kamera yang sama seperti Nova 9, tetapi pada kamera hadapan mempunyai dua sensor 32MP.
  • Bateri berkapasiti 4000mAh dan menyokong 100W Super Fast Charge.

 

Setakat ini, masih belum ada tarikh rasmi dan berita rasmi apakah siri Huawei Nova 9 ini akan turut masuk ke pasaran Malaysia seperti keluaran model sebelum ini.

 

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.