Ultimate magazine theme for WordPress.

Siri Iphone 13 Akhirnya Telah Dilancarkan Secara Rasmi!

Pra-pesanan boleh dilakukan bermula 1 Oktober 2021.

0

 

 

Apple telah pun secara rasmi mengumumkan pelancaran siri Iphone 13 di peringkat global pada 14 September 2021 di acara media yang digelar California Streaming. Siri yang dilancarkan ini adalah seperti yang telah dinyatakan pada artikel sebelum ini iaitu Iphone 13, Iphone 13 Mini, Iphone 13 Pro dan Iphone 13 Pro Max.

 

 

Berdasarkan pada sumber, kelihatan siri Iphone 13 ini seakan sama seperti keluaran model sebelumnya iaitu Iphone 12 namun kali ini model baharu ini membawakan naiktaraf yang lebih berbeza dari segi paparan yang lebih kecil di atas skrin, cip yang lebih pantas dan juga fungsi kamera yang jauh lebih baik. 

 

 

Iphone 13 ini akan kekal dengan saiz skrin 5.4 inci, 6.1 inci dan 6.7 ini bergantung pada pilihan pembeli sama ada Mini, Standard, Pro atau Pro Max. Namun pada paparan Iphone 13 Pro dan Pro Max adalah 20% lebih kecerahan dan juga hadir dengan ProMotion iaitu kadar segar semula dinamik yang mana ia akan memberikan lebih tinggi bagi frame rates, sentuhan paparan skrin yang lebih lancar dan peningkatan untuk permainan video (gaming). 

 

 

Bagi sesiapa yang berminat boleh mula membuat pra-pesanan bermula pada 1 Oktober 2021 dan pada dijangkakan pada 8 Oktober 2021 akan mula tersedia untuk jualan di Malaysia :-

 

Iphone 13 Mini (RM3,399) 

Iphone 13 (RM3,899)

Iphone 13 Pro (RM4,899)

Iphone 13 Pro Max (RM5,299)

 

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.