Ultimate magazine theme for WordPress.

Sony Telah Mengumumkan Beberapa Game Baharu Menarik Di Platform PS5 Yang Akan Dilancarkan!

0

Sony Playstation 5 (PS5) telah pun dilancarkan seperti yang kita tahu. Sebelum ni desas-desus kedengaran bahawa akan ada beberapa dan mungkin banyak lagi game-game yang menarik khusus buat para pengguna dan pemilik PS5.

Nah jom kami belanjakan apa yang kami tahu daripada selidik yang telah dilakukan bagi game-game menarik yang bakal dilancarkan di platform PS5 nanti!

 


 

Marvel’s Spider-Man 2 
Jika kita lihat daripada sedikit tangkap layar ini, kelihatan Marvel’s Spider-Man 2 akan menyambung daripada kisah perjalananan Marvel’s Spider-Man dan juga Marvel’s Spider-Man Miles Morales. 

Pada awalan video yang berdurasi selama 1:37 itu kelihatan mereka bergandingan bahu dan bekerjasama melawan kejahatan. Namun, apa yang lebih menarik, penjahat yang muncul selepas itu bakal menjadikan game ini mungkin salah satu Game Of The Year (GOTY) apabila penjahat yang dimaksudkan itu adalah Venom! 

 

Tonton video trailer penuh DISINI


God of War Ragnarok 
Tidak perlu berceloteh panjang. Membaca tajuk sahaja pasti membuatkan ramai auto beli PS5. God Of War Ragnarok sememangnya game yang paling dinantikan buat mereka diluar sana yang mengikuti perkembangan game ini daripada zaman PSP, PS2, PS3 dan PS4. Kelihatan juga Aterus iaitu anak kepada Kratos sudah meningkat remaja.


Tonton video trailer penuh DISINI


Marvel’s Wolverine
Game ini juga bakal menambat hati para penggemar game diluar sana oleh kerana game Wolverine ini dilancarkan terakhir adalah pada 1 May 2009 iaitu X-Men Origins : Wolverine. Kini, versi terbaru dilancarkan dan apabila ianya tersedia di PS5 kita tahu bahawa game yang dibawakan ini bakal menyajikan kita dengan grafik dan gameplay yang lebih mantap dan menarik!

Tonton video trailer penuh DISINI.

 

Star Wars : Knight of the Old Republic Remake
Ini adalah game yang telah dibuat semula bagi penyediaannya kepada platform PS5. Sebelum ini, game Star Wars ini dilancarkan pada 19 November 2003 dan kini game ini bakal dibuat semula dengan grafik yang lebih menarik dan semestinya di PS5.

Tonton video trailer penuh DISINI.

Rata-rata bagi pengguna diluar sana banyak bertanya adakah kesemua game ini bakal hadir di PS4 juga atau pun sememangnya khusus hanya di platform PS5 sahaja? Jika khusus hanya di PS5 sahaja, boleh lah mula menabung daripada sekarang.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informas teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.