Ultimate magazine theme for WordPress.

Siri Oppo Reno 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 5 Ogos 2021

Teka teki berakhir apabila OPPO telah mengumumkan pelancaran Siri Reno 6.

0


Hari ini syarikat android yang tidak janggal lagi di dalam pasaran teknologi, OPPO telah pun mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi keluaran Siri Reno 6 untuk pasaran Malaysia iaitu pada 5 Ogos 2021. Siri Reno 6 yang bakal dilancarkan bagi pasaran Malaysia adalah Reno 6 5G dan Reno 6 Z 5G.

Dijangkakan pelancaran peranti ini bagi pasaran Malaysia mungkin mempunyai spesifikasi yang berbeza daripada yang dilancarkan di India, namun kelihatan OPPO Reno 6 Z berkemungkinan membawa spesifkasi sama seperti OPPO Reno 6 Pro yang dilancarkan di India kerana kedua-dua peranti ini memiliki konsep rekabentuk yang sama.

Spesifkasi secara ringkas bagi OPPO Reno 6 Z 5G dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1200, mempunyai 64 MP quad-camera, 32 MP selfie camera, 12 GB RAM dan memiliki storan 256 GB serta paparan skrin 6.53 inci FULL HD+ 90Hz AMOLED. Bagi OPPO Reno 6 5G pula akan hadir dengan paparan skrin 6.41 inci FULL HD+ 90Hz AMOLED, menggunakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 900, storan 128 GB serta 8 GB RAM.

 

Jangan lupa 5 OGOS 2021 ni ya!

Teruskan bersama kami untuk mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.