Ultimate magazine theme for WordPress.

Peranti Tahan Lasak Nokia XR20 Kini Rasmi.

0

Kita telah melihat beberapa imej pengolokan berkenaan peranti Nokia ini dan  hari ini, HMD Global secara rasminya telah melancarkan peranti Android Nokia baru iaitu Nokia XR20. Nokia juga turut mendakwa bahawa peranti tanpa kompromi adalah sangat tahan lasak ‘ a no-compromises mobile should-be calling it life -proof’ dimana, dari segi perkakasan dan juga perisian dibina untuk kegunaan jangka masa yang lama. Pihak Nokia menjanjikan untuk kemaskini keselamatan sehingga 4 tahun dan 3 tahun untuk kemaskini OS utama.

HMD Global turut menyatakan bahawa badan Nokia XR20 ini direka untuk memenuhi standard MIL-STD-810H yang mampu menahan hentakan dari ketinggian 1.8 meter . Ia dikukuhkan lagi dengan penggunaan lapisan Corning Gorilla Glass Victus bagi melindungi skrin paparan Nokia XR20 dan kelihatan seperti telefon yang tidak memerlukan casing atau pelindung skrin.

Beralih kepada spesifikasi ringkas Nokia XR20. Nokia XR20 dilengkapi dengan skrin paparan 6.67 inci Full HD + IPS dimana ia dapat menerangi sehingga 550 nits dan dikatakan mampu berfungsi walaupun dengan jari atau sarung tangan yang basah.

Nokia XR20 dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 480 dengan RAM hingga 6 GB dan storan dalaman sehingga 128 GB yang boleh ditambah sehingga 512 GB menggunakan kad mikro SD. Nokia XR20 juga turut menyokong sambungan 5G.


Dari segi fotografi pula, Nokia XR20 ini hanya dilengkapi dengan dua kamera dari ZEISS iaitu 48 MP bagi kamera utama dan 13 MP bagi kamera ultra lebar beserta sepasang LED. Manakala bagi kamera selfie pula dilengkapi dengan unit fokus tetap 8MP.

Nokia XR 20 dilengkapi dengan pembesar suara stereo dengan sistem audio saptial OZO, pengimbas cap jari di bahagian sisi dengan satu butang tambahan pada bahagian atas yang boleh diprogramkan untuk melancarkan aplikasi, perlindungan habuk dan air IP68 dan bateri 4630mAh yang menyokong pengecasan berwayar 18W dan pengecasan tanpa wayar 15W.

Nokia XR20 ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Ultra Blue dan Granite Grey dengan konfigurasi tunggal 6/128 GB dengan harga $550 (~RM2326)  . Ianya akan dijual bermula 24 Ogos ini di Nokia.com. HMD Global belum merancang secara terperinci untuk melancarkan telefon ini di pasaran lain.

Anda boleh ke laman rasmi Nokia Mobile untuk mengetahui spesifikasi penuh Nokia XR20 ini.

Sumber: Nokia Mobile, GSMArena, xda-developers

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.