Ultimate magazine theme for WordPress.

Spesifikasi Dan Imej Realme X9 Pro Tertiris.

0

Berdasarkan sumber dari China, memaklumkan berkenaan telefon Realme yang akan datang dengan nombor model RMX3381 yang dipercayai sebagai Realme X9 Pro telah muncul dengan beberapa spesifikasi dalam pangkalan data laman persijilan TENAA China.

Model telefon Realme RMX3381  dilengkapi dengan paparan skrin TFT 6.5 inci Full HD, bateri 4880mAh, Android 11 dan juga turut mempunyai sokongan 5G.Ia juga turut dikuasakan dengan cip pemprosesan octa-core 2.4GHz.

Peranti ini dijangkakan akan ditawarkan dengan beberapa varian RAM seperti 4GB, 6GB dan 8GB beserta varian storan yang ditawarkan ialah 64GB, 128GB dan 256GB. Turut dilengkapi dengan slot kad micro SD untuk storan tambahan.

X9 Pro dilengkapi dengan kamera selfie 16 MP, manakala modul kamera belakang pula berbentuk segi empat dengan kamera utama 48MP , sepasang kamera 2 MP dan lampu LED.

Manakala spesifikasi lain bagi model ini adalah, ia menyokong pengecasan pantas, turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari di bahagian sisi dan mungkin ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Ungu dan Biru. Pembaharuan lain bagi peranti ini masih belum dilengkapkan.

Walaubagaimanapun, pihak Realme masih belum mengesahkan berkenaan perkara ini, tapi kami dapat menjangkakan peranti ini mungkin bakal dirasmikan dalam tempoh terdekat.

Jadi teruskan bersama kami untuk mengetahui berita terkini berkenaan peranti ini.

Sumber: GSMArena, playfuldroid

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.