Ultimate magazine theme for WordPress.

Siri Xiaomi Redmi K50 dijangka dilancarkan pada Februari 2022.

0

Setelah perasmian MediaTek Dimensity 9000 dan Qualcomm Snapdragon 8 Gen1, gelombang baharu telefon pintar perdana akan datang.

Pagi ini, @DCS, blogger teknologi Weibo yang popular mendakwa bahawa tarikh pelancaran tentatif untuk siri Redmi K50 adalah pada penghujung Februari. Itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana siri K40 juga turut diperkenalkan pada tempoh yang sama tahun ini.

 

Menurut laporan siri Redmi K50 akan terdiri daripada empat model, mungkin dinamakan K50, K50 Pro, K50 Pro+ dan K50 Gaming.Redmi K50 mempunyai rangkaian pemproses yang lengkap. Laporan juga turut menyatakan bahawa setiap peranti ini akan menggunakan cip yang berbeza. Ia akan menggunakan Snapdragon 870, Snapdragon 8 Gen 1, Dimensity 7000 dan Dimensity 9000. 

 

Telefon siri Redmi K50 juga dikatakan menjalankan MIUI 13 di luar kotak , membawa kembali pengimbas cap jari dalam paparan, pengecasan 100W dan rintangan air dan habuk IP68.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

Sumber

 

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.